Jumaat, 8 Mei 2015

Testimoni Sedekah 2


Seseorang telah bertemu dengan seorang ustaz lalu mengadu untuk memeohon pertolongan ustaz tersebut, iaitu tentang masalah gajinya. Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku di Indonesia, saya mengubahsuainya sedikit agar lebih difahami mengikut kefahaman orang Malaysia.
Wanita: Ustaz, saya nak minta pertolongan dari ustaz. Tolonglah saya Ustaz Yusuf.

Ustaz: Apa masalah yang awak hadapi yang awak nak saya tolong ni?

Wanita: Ustaz, tolong doakan supaya gaji saya bertambah Ustaz. Gaji saya sedikit sangat dirasakan, tidak cukup untuk saya yang hidup dibandar besar seperti ini. Saya berkerja sebagi cikgu tadika.

Ustaz: Gaji kamu sebenarnya berapa?

Wanita: RM 300. Kalau boleh, saya nak biar jadi RM 700

Ustaz: Kenapa hanya RM 700, bukannya Rm1000?

Wanita: Eh, Ustaz ni, mana berani saya nak minta lebih, ketua tadika pun baru Rm800 gajinya.

Ustaz: Oh, Baiklah, saya boleh doakan kamu, tapi kamu sendiri harus ada ikhtiar dan pengorbanan sendiri juga untuk mengubah gaji kamu itu.

Wanita: Maksud Ustaz?

Ustaz: Kamu kan selalu ikut ceramah yang saya lakukan, iaitu jika ingin Allah mengubah keaadan hidup kita, kita kena lakukan ibadah dengan bersungguh- sungguh serta diiringi sedekah.

Wanita: Baiklah Ustaz, mulai bulan ini dan bulan depan, saya akan bersedekah keseluruhan gaji saya kepada yang lebih memerlukan. Dua bulan berturut - turut. Kemudian saya akan amalkan solat tahajjud yang ustaz sering anjurkan selama dua bulan berturut turut juga. InsyaAllah, saya cuba untuk istiqamah, doakan saya ya ustaz.

Wanita tersebut bersungguh sungguh cuba mendekati Allah dengan beribadah dan bersedekah seperti yang dia ceritakan kepada Ustaz Yusuf. Dua bulan kemudian, dia terjumpa ustaz dan memberitahu akan testimoni yang dia sudah alami. Ustaz bertanya:

Ustaz: Bagaimana, sudah bertambah kah pendapatan awak?

Wanita: Ya Ustaz.

Ustaz: Sekarang sudah jadi berapa?

Wanita: Rm 3000 Ustaz

Ustaz: Subhanallah, bagaimana awak dapat duit tersebut? Gaji awak sudah bertambah ke?

Wanita: Tak Ustaz, dalam masa dua bulan ini, ada yang datang melamar saya, kemudian saya berkahwin. Gaji suami saya itu Rm3000 Ustaz. Allah telah mengkabulkan doa saya melalui diberi jodoh kepada saya.

Ustaz: Subhanallah. Tahniah, Tahniah.

Wanita: Ustaz, bukan sahaja saya dapat suami yang berpendapatan Rm 3000, tapi saya dapat juga tadika tempat saya mengajar.

Ustaz: Eh, macam mana pula tu?

Wanita: Saya sebenarnya berkahwin dengan anak pemilik tadika. Mak mertua saya memberi saya kepercayaan untuk mengendalikan tadika tersebut.

Ustaz: Alhamdulillah, sungguh hebat testimoni sedekah awak ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan