Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2015

Hari Pertama di Dewan Bersalin

First Day In Labour Room

Semalam, pertama kali saya ber on call di Labour Room ( Bilik Bersalin)...
Rugi rasanya kalau saya tak merakam detik dan pengalaman semalam, melalui tulisan..
Pengalaman pertama saya melihat lahirnya seorang manusia ke dunia ini,

Sungguh peritnya seorang yang bergelar ibu nak melahirkan,
Malu diletak jauh ketepi, kedalam tong sampah mungkin,

Kerana Malu itu tak seberapa dibanding sakit yang dirasakan,
Dia meraung, dimarahi jururawat apabila banyak bergerak ketika sakit dijahit,
Dia sakit, sungguh sakit yang teramat sakit.
Mereka meneran, kami juga seolah meneran sama.

Sungguh " sengsara" mahu melahirkan seorang bayi rupanya,
Ketika mengandung, membawa baby yang berat 3 Kg kemana mana,
Ketika masuk ward, dimasukkan iv drip untuk masukkan ubat dan air, sakitnya...
Ketika dibuat vaginal examination untuk tengok jalan keluar, menahan sakit beberapa kali, untuk mudah doktor memasukkan jari.. ( tebalkan muka jika malu)

Itu hanya intro penderitaan, banyak lagi yang menunggu...
Saat bukaan jalan mencecah 10 cm,
Terpaksa meneran, sangat meneran,
Jika ketika delivery itu mereka mahu buang air besar atau kecil,
Mereka terpaksa melakukan itu semua dihadapan orang ( doktor, nurse, medical student), secara sedar.
Tiada lagi malu itu demi memastikan seorang manusia bernama bayi lahir kedunia,dengan selamat.
Berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Jika susah, bayi terpaksa dikeluarkan guna forcep ( besi) ataupun vacum ( sedut kepala),
Jika tidak boleh, ada juga yang kena caeser ( pembedahan)
Jika kepala tak muat, jalan keluar itu terpaksa digunting ( secara mereka sedar)
Sakitnya, hanya mereka yang merasai

Selepas  bersalin, mungkin ada komplikasi pula
Placenta ( uri) tak keluar,
Pendarahan tanpa henti,
Terkoyak bahagian jalan keluar,
Infection dekat bahagian suture ( jahitan)
Tercabut jahitan sebelum sembuh luka.
Macam macam. Boleh saja ia terjadi.

Ibu memperjudikan nyawa untuk melahirkan seorang " kita"
Kemudian sungguh kurang ajar kalau kita menjadi orang yang " menarik" ibu kita keneraka,
Dengan kita tak solat, tidak menutup aurat, bercouple dan berpegangan sebelum kahwin,
( mungkin mereka tiada ilmu jika mereka kurang mengajar kita sejak dari kecil perkara itu)

Sungguh, semalam adalah malam yang sangat menginsafkan,
Tak tertulis disini segala pengalaman melihat itu semua didepan mata,
Pengalaman menyuruh patient berselawat,
Pengalaman " mengangkangkan" patient,
Pengalaman memegang tangan ibu ibu itu untuk menyalurkan sedikit semangat,
Pengalaman mendoakan agar baby itu menjadi anak soleh solehah. ( Amin)

Pengalaman melihat keluarga patient yang bahagia dgn kehadiran baby baru.
Baby yang dari makan dan mendapat oksigen melalui darah ibu ( didalam perut),
Kemudan dapat minum susu dan bernafas dengan sendiri 
Subhanallah...Maha Suci Allah...


Yang penting, pengalaman bagaimana cara saya mengenali dunia,
Kerana saya juga pernah menjadi bayi. Di tarikh 5 Novermber 1992.
23 tahun yang lepas.

Sesungguhnya Allah Maha Besar,
Tuhan sekalian Alam ( Alam roh, rahim, dunia, barzakh, akhirat)




Kisah Dua Adik



Tak pernah saya rasa pelik dan akward,
Ketika nak temuramah pesakit,
Kecuali di dua situasi ini,
Ada adik Kes 1, adik A, umur 20@21
Di kes dua, namanya adik B, berumur 19

Keduanya mengandung,
Kedua duanya muda lagi dari saya,
Kedua duanya suka senyum sambil cakap dengan saya.

Kes Pertama...

Rasa malu nak clerk Adik A,
Sebab adik ni sangatlah solehah, cantik, alis mata melentik ( eh?),
Kita yang perempuan pun sekali tengok akan cakap " Subhanallah, cantiknya adik ni",
Kalau lelaki tengok, urm, tak tahulah...
Tapi adik ni sangat menjaga...bertudung sentiasa itu pasti,

Time nak ultrasound, dia nampak resah dan malu ketika ada lelaki yang melihat,
Kemudian specialist perasan ketidak tenangnya, 
Then specialist kata " okey, yang lelaki, keluar semua..." 
Geng geng lelaki semuanya menurut...patuh dengar kata..
Kemudian tiba tiba ada doktor cina ( lelaki) datang,
Cepat cepat adik ni ambil purdah ditepi...terus diletakkan dimukanya.
Ya, memang dia berpurdah pun...sejuk mata memandang.

Okey, sambung perbincangan time saya clerk dia ya,
Dia mengandung kembar...wah, bestnya...
Masa saya tanya, puan ni mengandung yang pertama kan? Ni anak pertama dan kedua kan?
Dia cakap..." Eh tak kak, dah ada sorang, setahun lebih kat rumah.." ( tersenyum manis)

Tak dapat menyembunyikan riak terkejut..." Oh ya ke...wah, mudanya dah ada anak"
Then selepas habis clerk yang sepatutnya di clerk,
Tak dapat menghalang diri clerk " perkara lain" ( hehe..pasal kahwin),
Suami baru 25 thun, seorang ustaz...
Sekali sebut puan, sekali sebut adik ( susah sbb puan ini puan muda),

[+] Bila kahwin?

[-] umur 18..

[+] err..sori tanya dik...macam mana kenal atau mcm mana brsedia kahwin awal ya?

[ -] Malu malu nak jawab,,tak tahulah...pihak lelaki yang minta, then saya terima..


Pengajaran.....si lelaki cepat cepat cop si perempuan soleh...yang bukan sekadar cantik, tapi menyembunyikan kecantikan untuk hanya si suami...then umur 21, dah nak dapat 3 orang anak...rezeki sungguh...( tak sempat tengok dia bersalin, mesti anaknya sangat comel)


Kes Kedua...

Ni clerk patient yang dah bersalin,.
Muda lagi,,, umur 19 tahun,
Masa mula mula clerk, adik ni baik sangat,
Senyum selalu...patuh menjawab soalan saya yang super banyak,
Last last baru tanya, dah lama kahwin ke kahwin?

Then dia still senyum " Belum, belum kahwin lagi"

Saya akward dah dalam hati ( sebab first time clerk yang single parent camni), namun cuba memaniskan dan mengstabilkan muka mcam biasa...

Dia ckap ini first time dia " buat"
" buat" suka sama suka,
Baru kenal beberapa bulan dan bercouple,
Dimana lelaki itu tak dapat dicontact dah..tukar nombor..larikan diri,
Dimana dia dimarahi parent ( of course), lama lama parent support, nanti anak akan bagi jiran jaga..

Saya tanya, macam mana keadaaan ( perasaan ) sekarang?

"Entah, benda dah jadi..."

Sepatah itu jawapannya..
**************************************

Pengajaran dari adik kes 1 dan Kes 2

Jadilah seperti suami adik A,
Jauhilah sejauhnya menjadi seperti couple  adik B,

Betapa, adik A yang cuba menjaga diri,
Kemudian dikahwini seorang ustaz walaupun usia sangat muda,
(di dalam hospital, still berusaha menjaga aurat)
Alahaii, dahlah cantik, solehah pulak...hmm

Manakala, Allah menguji adik B,
Di" rosakkan" oleh seorang lelaki,
Kerana mungkin kekurangan iman dan ilmu,
( secara senangnya tidak pakai tudung dalam ward)
Alhamdulillah, masih mengandungkan dan melahirkan anaknya dihospital.( tidak menggugurkan atau dibuang)


Jom doakan golongan seperti mereka,
Doakan adik A istiqamah dalam kesolehahannya, kita jadikan dia sebagai TELADAN..
Doakan adik B mendapat hidayah dan memberi ketabahan untuk anaknya, kita jadikan kisahnya sebagai SEMPADAN...

" its all about aurat, you cover it, you are limited edition,
If you uncover it, you are cheap, dats all"

At tin ayat 4 dan 5

" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya,"

"Kemudian ( jika ia panjang umur sehingga tua atau penyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah- rendah peringkat orang yang rendah"


Yang menemuramah

Prof Muhaya Junior

Travelog Tarbiah Seorang Medical Students 


Kerana Tangan Kita




Kita yang meletakkan tali di leher kita,
Kemudian kita tanya mengapa kita tercekik,
Kita yang tak nak menghirup udara,
Kemudian kita mengeluh kita tak boleh bernafas.

Kita menolak satu-satunya makanan yang berada didepan mata,
Kemudian kita mengadu kebuluran,
Lepas tu kita ambil sebilah pisau,
Menikam-nikam tubuh, seterusnya meraung kesakitan.

Sangat menyakitkan, tapi kenapa kita rasa sakit?
Sebab kita yang buat semua benda itu kepada diri sendiri,
Kita buat, kemudian kita mengadu, meraung, merasa sakit kemudiannya.

Siapa yang harus diperesalahkan?
Kita  yang tak nak solat,
Maka jangan menyesal kalau nanti kita terpaksa pecahkan kepala sendiri dineraka,
Kita yang suka sangat mengumpat,
Jangan mempersoalkan jika disana nanti kena makan daging busuk dan berulat.

Kita sendiri memilih untuk membuka aurat,
Jika tubuh kita dijilat api neraka,
Jangan salahkan sesiapa.
Terima sahaja.

Moga kita bukanlah si kita diatas. Sebab kita yang sebenar sangat takut akan azab Allah. Sebab kita sayangkan diri kita. Kita nak hantar roh kita kesyurga, bukannya neraka.


Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu) ( Ash shura  42: 30 )

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; (1)

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsu Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2)

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3)


Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (4)


(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).(5)

( Al-Qiamah 75: 1-5)

Hidup Ini Adalah Lama?




Kita selalu merasa hidup ini lama kan?
Sebab itulah kita sering melakukan dosa,
Sebab itu juga kita selalu melambatkan bertaubat.

Padahal kita tahu persis, 
Berapa sangatlah umur umat akhir zaman, 
Kebanyakan hanya berumur antara 60-70 tahun sahaja,

Bonus lah kalau dapat lebih, boleh buat banyak pahala,
Bonus juga kalau dapat kurang, kurang lah berbuat dosa

Mengikut kiraan matematik dan akal,
Kalau paling banyak, umur 60 contohnya,
Dibahagi 60 dengan infinity( simbolik kehidupan akhirat yang tiada berpenghujung )
Jawapannya adalah kosong. Kosong.

Ya. Kosong iaitu zero,
Sebenarnya jika dibandingkan dengan akhirat, nilai dunia ini hanya kosong,
Tapi kenapa yang bernilai kosong itu yang kita selalu rebutkan?,
Kita kejar kumpul harta, kecantikan, glamour, gaji besar juga lain-lain,
Padahal itu hanya dunia semata. Tiada nilainya.

Ada orang kata bahawa hidup ini cuma sekali, 
So, jom kita enjoy!!!,
Eh, hidup ini bukan sekali tetapi dua kali,
Didunia sekali, diakhirat sekali lagi,
Malah hidup yang kedua itu, tiada penghujung,

Jom tanya pada diri,
Tak kan aku nak korbankan keseronokan diakhirat ( syurga),
Demi secebis keseronokan didunia? 
Macam tak berbaloi, memang tak berbaloi.

Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya (Al Mudathiir 74 : 38)


Melihat Ke Dalam Diri



Saya ada nak buat sedikit ujikaji boleh? Sila baca dan fahami arahan dibawah dan cuba aplikasi secepat mungkin.

Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu menyentuh dagu anda menggunakan jari telunjuk anda,

Kemudian sila tunduk dan melihat jari tersebut dengan bersungguh- sungguh,

( sila praktikkan sekarang )

Belum buat lagi? Jom buat sekarang!

Apa yang awak nampak selepas berbuat demikian?
Anda mungkin Nampak jari dan  tangan, ataupun pakaian yang anda sedang pakai ketika ini,
Diposisi sebegitu, adakah anda masih dapat melihat orang yang lalu lalang dihadapan anda ( pada jarak sejauh 2 meter) ?



Dapatkah anda mengagak apakah point yang saya ingin utarakan melalui ujikaji ini?
Sebenarnya saya ingin menyeru diri sendiri serta mengajak pembaca sekalian untuk merenung dan bermuhasabah sebentar bahawa tanpa kita sedar kiita kurang melihat perkara yang dekat, iaitu diri sendiri. Walhal, jika kita sentiasa melihat kedalam diri iaitu kelemahan dan keburukan diri sendiri, malah berbakul- bakul kesalahan dan dosa yang kita lakukan saban hari, kita seolah olah tiada masa dan pasti akan kurang nampak keburukan dan ketidaksempurnaan orang lain.

Walaupun kita pasti akan berjumpa dengan golongan- golongan yang akan melakukan kesilapan dalam urusan kita setiap hari , tetapi dengan kesedaran bahawa kita sendiri pun banyak kesilapan dan selalu membuatkan orang sakit hati, kita mungkin dapat menerima keadaan itu dan cuba " menutup mata" tentang keburukan orang lain itu.

Jika kita seorang yang mengaplikasikan cara bermuhasabah dan merenung keburukan diri ini, sudah pasti kita akan secara tidak langsung akan cuba membaiki diri kita agar menjadi seorang yang lebih baik bukan?.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…” (Al-Hujuraat 49:11)

Adatasi



Pernahkah anda mendengar perkataan adaptasi? Ia sebenarnya perkataan berasal dari perkataan Adaptation. Penggunaan perkataan ini banyak kita alami dan gunakan tanpa disedari. Antara contoh yang mudah untuk memahami perkataan adaptasi adalah seperti berikut :


Andai anda seorang yang yang memang dilahirkan kemudian membesar di negara Malaysia, yang terkenal dengan cuacanya yang agak panas , kemudian anda pergi melancong ke UK ketika musim sejuk. Pasti anda akan merasa beku walaupun sudah dilapisi baju tebal, kemudian anda akan teradaptasi dengan cuaca negara tersebut kemudian kurang merasa beku lama kelamaannya.


Kalau anda dibesarkan dalam keluarga yang suka marah-marah,anda akan teradaptasi dengan keadaan itu sehingga  kemudian datanglah  keadaan orang yang suka marah kedalam kehidupan anda, ia bukan menjadi isu besar kepada anda bukan?

 
Kalau anda sudah terbiasa tidak meninggalkan solat, anda tidak akan merasa susah untuk mendirikannya kerana ia seolah-olah sudah menjadi rutin bukan?


Tapi kerana adaptasi juga kita takut,
Kita takut kita sudah teradaptasi dengan kata-kata baik,
Sehingga sampai suatu masa, datanglah tazkirah yang menarik manapun,

Peringatan yang best manapun, ustaz yang paling bagus manapun memberi tazkirah kepada kita, kita sudah tiada rasa, kita sudah teradaptasi dengannya.

Semoga Allah jaga hati kita dan semoga hati ini selalu ingin mendengar juga melihat perkara-perkara baik.


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadiid 57:16)

Belajar Melalui Isu




Perasan tak,
Ramai antara kita
Banyak kali tak sedar,
Kita sedang " ketagih" isu- isu,

Lagi banyak isu, lagi ada benda kita nak kongsikan di Facebook,
Ada banyak orang buat masalah, lagi banyak idea kita nak tulis di Facebook,
Lagi banyak orang buat salah, lagi kita rasa kita baik ( Astaghfirullah),
Lagi banyak isu, lagi kerap kita log in ke akaun Facebook.

Ketika tiada isu,
Kita boring, kita tiada idea, 
Facebook kita kosong dari perbincangan bermanfaat,
Yang ada mungkin  gambar selfie, mungkin rungutan mengeluh seharian.

Kita si reaktif, macam reaktifnya kucing,
Bila dipijak ekor, ia akan menerkam si pemijak,
Kita masih belum menjadi si responsif, 
Respon guna dalil agama, juga berfikir guna akal.

Bila kes adik Firdaus (khabarnya diabaikan Ibubapa) timbul, kita melatah,
Kemudian diam,
Wujudnya kes kiki peaugot ( khabarnya memaki pak cik tua), kita mencaci,
Kemudian senyap,
Timbul kes minyak naik, MH17, MH370 kita banyak mengata.

Kemudian menjadi bisu,
Kemudian kes " I Want To Touch A Dog " kita memberi reaksi pelbagai,
Kemudian akan berterusan datangnya masalah, kes dan isu,
Selagi kita hidup pasti tidak sunyi dari isu-isu.

Sebenarnya Allah ingin melihat apa respon kita terhadap peristiwa itu,
Mungkin peristiwa itu membuahkan pahala,
Mungkin peristiwa itu memberi kita dosa,
Kita punyai pilihan nak bagi respon yang bagaimana.

Bukan sesiapa yang terlibat " Di tempat kejadian" sahaja yang diuji sebenarnya,kita juga sedang diuji,
Mungkin Allah nak kita belajar melalui isu yang berlaku disekitar kita.



Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut:2-3).



Didik Anak Sejak Kita Muda




Ketika Imam Ghazali ditanya dengan satu soalan iaitu bagaimanakah atau sejak bilakah dia mula mendidik anaknya



Beliau berkata : Aku mendidik anakku  sejak dari aku remaja.


Itulah orang yang hebat, dia bukan mula mendidik anaknya selepas mendapat anak atau berusaha menjadi soleh selepas berkahwin, tapi dia membetulkan dan memenuhi diri dengan ilmu sejak dia masih remaja. Semuanya dilakukan agar dia boleh mempraktikkan amalan tersebut kemudian ia menjadi tabiat agar dengan automatiknya menjadi contoh dan mudah untuk ditiru oleh anak- anaknya ketika mereka lahir dan membesar.


Bagimana pula dengan kiita? Ketika ditanya anak kita kelak, wujudkah sesuatu yang kita pernah buat untuk menambah ilmu dan iman agar dapat mentarbiah anak-anak kita mengikut acuan Allah?

Ataupun jawapan ini yang kita nak jawab kepada mereka, " Mama dulu tak bersedia pun dari segi Ilmu agama sebelum kamu lahir, mama ingat sekolah dan pusat pengajian dapat mengajar kamu menjadi insan berguna dan kamu yang akan mengajak mama kearah kebaikan. Mama sekarang menyesal kerana berfikiran sebegitu dulu. Sungguh mama menyesal."


Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
(Al-Qiyaamah 75:36)

Kita Sangat Berbeza




Cuba kamu berfikir sejenak bahawa apa bezanya diri kamu yang ada Facebook,  Twitter, Instagram,  Line, Whats Apps dibandingkan dengan kamu yang tiada satu pun dari senarai diatas?



Apa beza kamu yang dulu, yang hanya kenal kampung kamu sahaja, dengan kamu kini yang sudah banyak pergi kenegeri atau mungkin ke negara lain sudah?



Apa beza kamu yang hanya belajar Biology jika dibandingkan diri kamu yang sudah belajar Pathology, Pharmacology, Parasitology juga lain-lain “ logy” lagi?



Sungguh berbeza kan?



Begitu juga, sangatlah berbeza diri kita ini yang Islam pada Mykad dengan mereka yang sangat mengamalkan Islam malah sanggup mati demi Islam. 



Mereka buat apa Allah suruh, tinggal apa yang dilarang.




Sangatlah tak sama dengan kita yang selalu tinggal apa yang Allah suruh, buat apa yang Allah larang.

Kemudian apakah pantas kita meminta Syurga yang sama? 

Jom bermuhasabah seketika.

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
(Ghaafir 40:58)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
(Al-Hadiid 57:12) 


(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. (Al-Hadiid 57:13)

Cukup, Cukup Cukup Sudah



Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? 
(Surah At-Taubah : 126)




Inikah caraku membalas cintaMu

Ku tak endahkan cinta yang Kau beri


Inikah caraku membalas sayangMu

Ku lukai sayangMu untuku



Teganya ku bermain diatas taubatku

Ku permainkanMu sesuka hatiku


Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada hati gelisah

CintaMu ku balas dengan dosa



Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa

Lebih baik ku tobat saja



Telah berulangkali Kau coba mendekat

Ternyata teguranMu tak berarti untukku



Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  (Surah Al-Nahl 16 :119)

Special kah anda




Adakah pernah  anda merasakan bahawa anda itu special?
Ataupun selalu sahaja merasa diri tak berguna apa-apa? 


Apa yang istimewanya anda, kerana dalam banyak-banyak manusia, 
anda dipilih untuk jadi muslim, padahal sangat ramai lagi diluar sana, tak pernah dengar pun perkataan Islam, apatah lagi memahaminya.



Apa juga yang lebihnya awak, dalam ramai-ramai orang yang tiada tempat tinggal,                                      Awak dipilih untuk ada tempat rehat lagi boleh bersantai bersama keluarga sambil main kejar-kejar?



Apa yang hebatnya awak? Boleh tidur setiap malam dalam keadaan perut kekenyangan seperti ular sawa yang baru telan kambing seekor berbanding  penduduk Somalia  yang kena beratur panjang menadah makanan jika ada bantuan, kerana sudah seminggu tak makan, juga tak pernah kenal istilah kenyang, juga perut memang selalu kempis lebih kempis dari perut kita ketika berpuasa?



Apa yang specialnyanya anda, hidup anda boleh bergembira lagi bergelak ketawa ketika Tahun Baru atau Merdeka, boleh tengok bunga api, walau bising-bising dan telinga tak suka mendenga tetapi mata suka melihatnya?
Berbanding dentuman bom yang menjadi “ hiburan " dan halwa telinga si anak kecil Gaza, serta darah adalah seperti tidak bernilai seumpama peluh  kita yang keluar ketika panas terik?



Bersama keselesaan dan keamanan yang kita dapat, pasti ada ujian lain sedang menunggu,
Bersama "special"nya kita, ada beribu tanggungjawab menanti,

Bak kata Pak cik Ben dalam cerita Spiderman : "With great power, comes great responsibility"


"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minuun 23:115) 

Ada Apa Dengan Rasa?



Adakah anda perasan atau tidak bahawa kebanyakan orang dizaman sekarang  sebenarnya sudah kehilangan rasa?.  Mungkin ‘ orang’ tersebut adalah diri kita sendiri. Ya, mungkin saja. Perkataan kehilangan rasa yang saya maksudkan disini adalah bukan kehilangan rasa di lidah iaitu orang ramai sudah tidak tahu membezakan diantara mana yang tawar, manis atau masin , tapi sebenarnya maksud rasa yang saya ingin sebut disini adalah  deria rasa yang Allah kurniakan kepada setiap daripada kita yang terletaknya dihati. 

Ramai orang sebenarnya tidak sedar bahawa wujudnya deria ini. Tidak ramai yang sedar bahawa hati mereka juga pandai mengenal rasa. Mereka masih lemah dalam mengenali keadaan hati sendiri, samada ia sedang berfungsi atau sebaliknya. Mereka malah tidak perasan  akan perubahan di “ deria rasa” yang berlaku dihati mereka sebagaimana profesionalnya mereka mengenal jika ada perubahan “ deria rasa” dilidah mereka. 

Ya, ironi sekali mereka ini. Mereka akan cepat perasan jika makanan yang selalu dimakan tiba-tiba menjadi tawar bila mana mereka mendapat selsema, tetapi mereka kurang merasa perubahan dihati apabila hati menjadi kurang sensitif kerana banyaknya dosa. Mari kita bermuhasabah sebentar dan bertanya kepada diri bahawa mungkinkah kita juga termasuk dikalangan salah seorang daripada mereka itu? Salah seorang yang sudah tiada rasa dalam mengenal dosa dan pahala?
 


Bagi seseorang yang baik dan bertaqwa contohnya, jika dia tersalah terlewat solat, hatinya akan  memanifestasi kan perasaan yang tidak enak malah akan kemudian membuat  dia akan rasa menyesal dan rasa bersalah.  Walau dia selalu sahaja solat lewat berkali- kali lagi selepas sedar akan kekhilafannya itu, namun dia masih lagi sedar bahawa dia melakukan hal yang salah dan akhirnya  dia akan mencuba untuk menjadikan solatnya dibuat pada awal waktu. Oleh kerana dia masih ada “ rasa” tidak senang duduk kerana dosanya itu, dia sebenarnya masih belum kehilangan “ deria rasa” dihatinya.


Sebaliknya saya menyedari  ramai  diantara kita sudah  tak rasa apa-apa perasaan walaupun  sudah lama tidak bersolat, malah tidak langsung merasa berdebar debar dan bergetar hati kerana begitu takutkan azab neraka Saqar yang dijanjikan untuk golongan yang sengaja meninggalkan solat. Begitu juga halnya bagi yang tidak  memakai tudung atau tidak menutup aurat sempurna didepan bukan mahram, mereka tidak  merasa merah muka sebab  rasa malu sebagaimana malunya mereka tentang perkara keduniaan yang lain. Ya, mereka sudah tiada perasaan malu apatah lagi bersalah. Saya selalu tertanya -tanya, adakah semua keadaan ini berlaku oleh kerana mereka mungkin berfikir dengan fikiran sebegini?,


" Sejak semalam dan minggu lepas, malah sejak bulan lepas aku tidak bersolat, tiada pun terjadi apa-apa musibah  yang pelik kepada aku . Aku sihat sejahtera sahaja sehingga hari ini, malah boleh lagi makan macam korang makan dan aku masih hidup lagi setakat ini. Kamu orang yang bersolat, siang malam tunggang terbalik aku nampak, tapi kita masih mempunyai masalah yang sama , sebenarnya dimana khasiatnya solat? Mana mudharatnya tak solat?"



Adakah timbul difikiran mereka akan kata-kata tersebut sehingga mereka langsung tidak mahu walaupun mencuba untuk bersolat? Tidakkah mereka mahu merasa perasaan tenang seperti yang dirasai orang yang bersolat? Ego apakah yang mengahalang mereka dari berjinak-jinak untuk bersolat?.Kasihannya mereka kerana sesungguhnya  mereka kehilangan rasa bersalah dan hati mereka sudah tidak sensitif dengan dosa sehingga mereka seolah-olah boleh diistilahkan  ‘alah dosa  tegal biasa’ . 

Semoga kita dijauhkan dari dikeraskan hati sehingga kekurangan rasa bersalah apabila melakukan dosa, juga semoga kita tidak tergolong diantara mereka yang merasa nikmat melakukan kemungkaran kepada Allah.

Namun selepas membaca mengenai hal ini dan baru kita menyedari  bahawa kita sudah termasuk dalam golongan yang sudah dibuang rasa bersalah itu, marilah kita menanam rasa takut dan berdebar kembali kerana dikhuatiri  Allah sudah mengeraskan hati itu, takut-takut kita pun sudah tidak dikenaliNya , malah  apa yang kita paling  bimbang adalah  jika Dia sudah matikan hati itu. Jika suatu ketika dimana kita merasakan bahawa kita sudah tidak mempunyai hati maka cepat-cepatlah meminta hati yang baru.

Semoga dengan membaca buku ini, ia menunjukkan anda masih ada peluang mendekatiNya. Hati anda sebenarnya masih belum mati. Pujuklah hati anda kembali dengan kata-kata ini, “Wahai hati yang bertuah, bergembiralah, kerana Allah tidak mematikan kamu disaat  banyak kali kamu menjadi keras dan ketika kamu lalai dari mengingati Allah selama ini”. Semoga Allah medengar rintihan dan menerima penyesalan kita ini.

"Ya Allah, jadikanlah hati-hati ini, hati yang tenang, yang sensitif akan dosa, yang merindui syurga FirdausMu, yang merindui menangis keranaMu. Kami banyak buat dosa, tapi kami tahu, pengampunanmu seluas langit dan Bumi..."                                                                  

Sebagaimana hati Umar Al- Khattab yang mempunyai perwatakan yang tersangat keras sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri pun Allah  masih boleh lembutkan, kenapa kita tak rasa hati kita ini pun boleh dilembutkan juga?. Semoga kita dijauhkan dari menjadi golongan yang Allah ceritakan di ayat ini;

 Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al a’raf 7 : 179)

Peringatan



Bagi setiap yang bernama manusia pasti akan pernah ditegur bukan?.Tegur yang saya maksudkan bukanlah tegur 'hai' atau ' hello', malah  tegur disini adalah yang bermaksud teguran penambah baikan atau peringatan samada ianya datang dari sahabat, mungkin juga dari yang lebih muda ataupun tua dari kita. Apakah perasaan anda apabila anda ditegur akan sedikit kekhilafan diri dikebanyakan masa? 

Mungkin keegoan anda akan sedikit meninggi dan anda akan cuba mempertahankan bahawa apa yang anda buat itu betul. Malah mungkin sahaja seseorang yang ditegur itu cuba mencari sebanyak mungkin kelemahan dan kekurangan si penegur pula, supaya kesalahannya tadi dipandang kecil sahaja dimata si penegur.

Anda sahaja yang tahu anda itu bagaimana, jadi, cubalah bermuhasaba sebentar melihat balik kedalam diri kita, adakah apa yang kita buat sebelum ini adalah sudah cukup betul ataupun kita adalah seorang yang selalu mempertahankan ego semata serta membalas balik kata- kata si penegur sehingga orang lain sudah takut dan serik untuk menegur kita jika kita melakukan kesalahan lagi pada masa yang lain. Sudah dapat bayangkan diri anda ketika ada yang menegur?. Adakah kita pernah berterima kasih kepada orang yang memberi peringatan kepada kita itu? Adakah kata- kata sinis sahaja yang keluar dimulut kita disaat hati sedang membara itu?.

Sudah menjadi lumrah manusia, pasti akan melakukan kesalahan walau di mata manusia, dia mungkin begitu sempurna. Walaupun dia seorang yang "perfectionist" sekalipun, sudah tentu pasti ada kelompongan dalam perbuatannya walaupun sekelumit cuma kerana dia juga manusia biasa. Jadi setiap yang bernama manusia itu akan pernah melakukan kesilapan dan semestinya layak ditegur akan kekhilafan tersebut. Malah, manusia sesempurna Rasulullah pun pernah ditegur Allah. Adakah anda masih ingat akan kisah Rasulullah yang ditegur Allah dalam Surah Abasa?.


Berdasarkan kisah tersebut, kita dapat mengambil banyak pengajaran darinya. Betapa Rasulullah, manusia terbaik dan terpelihara dari melakukan dosa pun ditegur Allah, siapa kita untuk tidak menerima teguran orang lain, apa yang hebat sangat kita ini sehingga kita merasakan apa yang kita buat itulah yang terbaik? 

Allah sudah memberi contoh yang paling jelas tentang sifat ego didalam Al Quran, iaitu kisah iblis yang angkuh dan merasakan dialah yang paling hebat, dirasakan dirinya tidak layak sujud kepada  Nabi Adam yang hanya berasal dari tanah sahaja. Dirasakan dirinya sahaja yang hebat.

Apabila ada yang cuba membaiki kesilapan kita, menegur kekhilafan kita, anggaplah bahawa Allah lah yang menghantar dan menggerakkan hati orang tersebut untuk nampak kesilapan kita, supaya kita menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana kita juga biasanya lebih nampak akan kekurangan orang lain dengan lebih cepat berbanding  kesalahan diri sendiri. 
Analoginya begini, bayangkan bahawa anda pada suatu hari, sebelum sampai ke kampus, kemudian kawan anda memanggil anda dari belakang,sambil teragak-agak dia berkata:

"Eh, baju awak terkoyak lah kat belakang. Sebesar duit syiling koyak tersebut, tak kan awak nak ke kelas pakai guna baju tu?"

Bagaimanakah respon anda ketika itu?Adakah anda marah kerana anda malu ditegur sahabat anda itu ataupun anda akan berterima kasih dan bersyukur anda ditegur ketika itu? Jika tidak, anda pasti ke kampus dengan baju terkoyak tersebut dan sudah tentu anda akan sangat malu dengan keadaan itu kepada ramai lagi orang. Anda rela malu dengan seorang yang anda rapat berbanding jika digelakkan ramai orang lain ketika dikampus.

Kesimpulannya, jika ada yang menegur akan keburukan dan kelemahan anda, Sepatutnya anda kena bersyukur kerana ada yang menegur kelemahan anda seperti ibarat " baju dibelakang anda yang terkoyak", maka bolehlah anda mencuba untuk baiki diri untuk menjadi lebih baik. Dan jika anda adalah orang yang mahu menegur, tegurlah secara berhikmah, dan bukannya ingin orang lain mengikut kehendak anda sahaja dan jangan pula ingin menegur secara sinis akan kelemahan dia seolah- olah anda ingin kelihatan lebih hebat dari yang ditegur.

Tujuan Penciptaan Kita

BAB 4: Tujuan Penciptaan Kita


Anda adalah seorang pakar pencipta robot. Kemudian secara tiba-tiba pada suatu hari muncul difikiran anda akan satu idea dan rasa keinginan yang membuak-buak untuk membuat satu robot yang boleh membuat apa sahaja tugasan yang anda suruh. Sebenarnya tujuan utama anda ingin membuat robot itu adalah untuk buat kerja rumah untuk anda dan dia diciptakan untuk mendengar segala arahan anda sahaja.

Setelah bertungkus lumus membuat dan mencipta robot tersebut, maka terhasilah sebuah robot yang bernama Inomen. 

Anda sangat berpuas hati dengan ciptaan anda dan dengan pada awalnya , dengan jayanya robot itu menurut semua permintaan dan arahan anda pada awalnya. Kiranya 100 % tugas yang anda suruh dia buat, dia akan buat. Tanpa wujudnya sebarang masalah. Inomen itu sungguh mendengar kata.

Pada suatu hari, setelah 2 bulan dia berkhidmat kepada anda, dia mulai membuat perangai yang tidak sepatutnya.Malah Inomen itu selalu sahaja pergi membuat kerja di rumah jiran, walaupun tidak disuruh mahupun dikawal pun oleh jiran tersebut. 

Inomen seolah olah ‘lupa’ siapa tuannya yang sebenar. Dia lupa siapa penciptanya, malah tidak mendengar kata pula.

Anda mulai geram dengan Inomen, anda pun kata kepada robot tersebut:"  Wahai Inomen, kau dah mulai pandai melawan cakap aku rupanya. Kau tidak mengikut apa yang aku arahkan seperti mula-mula dahulu. Kau tidak tahu bahawa kau sebenarnya diciptakan dengan adanya ada tarikh luput . Dengan aku cabut sahaja mana-mana wayar atau bateri di bahagian badan kau , pasti kau akan tidak dapat berfungsi lagi seperti biasa dan lama kelamaan akan akan mati, tunggulah masanya! ".

 Ada tak sesiapa diantara anda yang tahu apa sebenarnya yang saya nak ceritakan di bab yang ini? Apakah kaitannya hidup kita ini dengan contoh robot yang dinamakan sebagi Inomen itu?


Begitulah kita dalam seharian hidup kita sebenarnya, tanpa kita sedari sudah banyak kali sebenarnya kita menyimpang dan lalai dari melaksanakan tugas sebagaimana tujuan kita diciptakan oleh Tuhan kita, iaitu untuk menjadi khalifah dan hamba Allah dimuka bumi ini. Tidakkah  anda merasa Allah itu terlalu baik, kerana disaat kita yang banyak kali leka dan selalu sahaja bertuhankankan Tuhan selain Dia sepanjang hidup ini, pada masa itu dia tidak mencabut sahaja mana-mana organ dalaman seperti jantung kita untuk mematikan kita seperti yang ingin tuan Inomen lakukan kepada robot tersebut yang tidak mendengar perintah tuannya.

Ya, Allah adalah Tuhan yang Maha Baik. Malah, diberinya kita peluang berkali-kali seebenarnya kerana Dia ingin kita sentiasa bertaubat dari perbuatan kita yang terleka dan lalai itu selagi mana belum sampai tarikh luput iaitu ajal kita. Kerana pada hakikatnya, setiap diantara kita tidak ubah seperti kisah robot dalam cerita tadi, iaitu telah sebelum kita hidup lagi, telah wujud  sebenarnya tiket kematian kita yang ‘tercatat’ padanya waktu dan tempat dimana kita akan mati, cuma hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah tarikh tiket itu.

Kisah ini boleh kita kaitkan dengan ayat Al quran iaitu:

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).(Az-Zumar 39:29)

 Dan dikatakan (kepada mereka): Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)". Lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.(Al-Qasas 28:64) 

Betulkah niatku?


BAB 3 : Betulkah Niatku?


Setiap dari anda pasti pernah mendengar satu hadis nabi berkenaan dengan niat kan? Walaupun tidak mengingati keseluruhan hadis, satu ayat yang berbunyi “ Innamal a’maalu binniyat” pasti sudah anda hafal. Oh, anda tak faham bahasa Arab? Okey, dalam bahasa melayunya adalah” Setiap amalan bergantung pada niat”. Mudah sahaja maksudnya. Namun, adakah mudah menyebutnya  bermakna itu perkara yang mudah dan selalu kita lakukan? Pasti ada diantara nada yang terdetik untuk menjawab:
“Betul, aku selalu sahaja berniat  ketika nak beribadat”. Ataupun anda akan terfikir begini, “ Rasanya tak perlulah kita berniat ketika nak buat apa-apa, Allah kan Maha Mengetahui!”

Ketika masih kecil dahulu,  saya selalu sahaja mendengar tentang hadis ini dan saya mengira ianya hanya boleh diaplikasikan dalam ibadah khusus seperti solat, puasa atau haji semata, dan kalau  kita tak berniat  boleh jadi tidak sah ibadah tersebut. Begitu sahajalah apa yang saya tahu ketika itu. Adakah anda adalah golongan seperti saya itu dulu? Ataupun sekarang pun masih berfikir bahawa setakat itu sahajalah konsep niat sebenarnya?

Sebenarnya niat itu adalah satu lintasan hati yang kita reka dan sematkan dihati sebelum melakukan apa-apa. Ya, apa-apa sahaja. Bukan sekadar diawal solat dan untuk berpuasa sahaja. Malah segala gerak dan perbuatan kita boleh menjana pahala jika kita niatkan melakukan perkara tersebut hanya kerana Allah. Perkara yang biasa anda lakukan, walaupun nampak macam sudah terlalu biasa, boleh menjadikan padanya ada keberkatan, dengan berniat nak berbuat itu semata-mata kerana Allah.

Contoh yang senangnya adalah begini, jika anda adalah seorang pelajar, cuba tanya kepada diri sendiri “Kenapakah sebenarnya aku masuk universiti?”, ataupun” Kenapa aku susah-susah ambil bidang yang sangat susah ni sebenarnyai?” Apakah  jawapan yang terkeluar dan terlintas di benak kita? Pasti ada yang secara langsung akan terfikir,  “Aku nak kerja yang bagus yang mempunyai gaji banyak, baru lah bahagia hidup ini kan?.” Ataupun “  Alah, aku bukan minat sangat pun kursus ni, ibu bapa aku yang suruh sebenarnya,” ataupun “Aku ikut takdir aku sahaja ni, tiba-tiba dapat jadi pelajar terbaik sekolah, kemudian dapat masuk bidang perubatan”. Hmm, yang mana satukah anda? Kebanyakan, itulah jawapan yang kita sering dapat jika bertanya kepada golongan yang memasuki universiti

Jarang sekali rasanya jika ada yang jika ditanya, kita akan mendapat jawapan ini ” Aku masuk universiti, ambil kursus yang hebat seperti ini sebab aku nak menunjukkan yang Islam itu hebat, aku nak setanding dengan non-muslim”  Ataupun  “Aku ambil course professional ini hanya kerana Allah, aku nak bersedekah dengan banyak kepada saudara seislam di negara lain kalau nanti aku mendapat gaji yang banyak!”. Sungguh hebat jika andalah yang berada digolongan ini. Yang sudah berniat seperti ini. MasyaAllah.


Tapi, jika andalah orang yang berada di golongan yang menjawab bahawa duit, pekerjaan, danpangkat yang menjadi faktor penolak dan menjadi perangsang untuk anda belajar, masih belum terlambat untuk anda baiki kembali niat anda, agar jadikan  belajar anda itu kerana Allah dan hanya kerana Dia jugalah kita menghabiskan masa kita dan berpenat  lelah. Mungkin jika kita tidak meniatkan belajar kita adalah kerana Allah, duit  dan pekerjaan sahajalah yang akan kita dapat nanti didunia ini, tanpa akaun pahala kita bertambah untuk akhirat. Alangkah ruginya jika anda belajar dalam jangka masa yang lama seperti dalam kursus perubatan atau pergigian selama 5 atau 6 tahun  kemudian anda tidak mengutip pahala dengannya. Sungguh rugi.

Namun, ingin meniatkan berbuat sesuatu kerana Allah itu bukanlah semudah dan seumpama menampal satu nota yang bertulis” Sahaja aku berbuat itu dan ini kerana Allah” kemudian menampalnya dihati anda. Sesungguhnya ia memerlukan latihan hati dan keazaman yang sangat kuat, sehingga  tidak mustahil jika anda mampu untuk berkata begini kelak:

“Aku tidak akan makan kalau bukan kerana Allah. Aku makan sebab aku nak tenaga, nak buat suruhan Allah”

Ya, jika  anda makan, belajar, berpakaian semata mata hanya kerana Allah, hidup anda akan bahagia, dilimpahi pahala yang tak putus-putus kerana setiap pekerjaan yang diniatkan kerana Allah akan ditulis sebagai ibadah. Sungguh mudah bukan untuk beribadah dan mendapat pahala sebenarnya?.
Jom hayati firman Allah didalam ayat ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(Al-Hasyr 59:18) 

Baru atau sudah berumur sekian

BAB 2 : Baru atau Sudah Berumur Sekian?

Cuba anda bayangkan sejenak dan cuba mengingat kembali,  pada saat dan detik ini, sudah berapakah umur anda sebenarnya? Mungkin diantara anda ada yang berumur 18 tahun, ada 20-an  dan ada yang 30-an kan? Kini saya ingin bertanya, apakah perasaan setelah anda menyedari usia sebenar adalah sekian-sekian tahun? Adakah anda merasakan anda “baru” berumur sekian ataupun “ sudah” berumur sekian? Adakah anda merasakan masih muda ataupun sudah sepatutnya matang dengan usia tersebut?

Jika saya berumur 20-an dan merasakan bahawa saya “ baru”  berusia 20  tahun lebih, yang masih rasa tiada apa-apa tanggungjawab, yang masih dalam fasa yang hidup ini hanya untuk bergembira sahaja, saya sudah silap sebenarnya. Sebenarnya diusia ini, saya sepatutnya berkata bahawa saya “sudah” berumur  20 tahun  lebih, iaitu sudah menjadi seorang yang mempunyai  banyak tanggungjawab untuk dibuat dan seharusnya saya sudah berupaya berfikir dan bertindak secara bijak seperti sangat matangnya tindakan Sultan Muhammad Alfateh yang mampu membuka kota Costantinople  walaupun pada ketika itu umur beliau masih dalam lingkungan usia muda seperti saya ketika ini. 

Saya sepatutnya bertanya pada diri, sudah  berapa banyakkah rasanya pahala yang aku kutip selama aku berlantaikan bumi dan beratapkan langit selama ini? Ataupun  selama ini aku hanya membuat malaikat dibahagian kiri sahaja yang banyak “bekerja”?. Adakah saya sudah berusaha menyediakan bekalan pahala ataupun masih menjadi seorang yang tidak cakna akan dosa pahala yang dilakukan oleh diri sendiri.  Hal ini membuatkan saya tiba-tiba saya teringat akan satu ayat Al-quran ini:

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya, Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja)- (An-Naaziat 79: 46 )


Begitulah gambaran keadaan yang manusia akan rasakan bila tibanya hari kiamat kelak, malah mungkin itu juga apa yang kita akan rasakan disaat kiamat kecil iaitu kematian datang menjengah kita disaat tiba masanya. 

Saya pernah  belajar sedikit tentang fisiologi pasal otak dan saya rasa terpanggil  untuk mengaitkan  situasi umur dan kematian yang diceritakan dalam ayat yang kita bincangkan ini terutamanya  tentang daya ingatan . Jika  saya bertanya kepada anda tentang satu persoalan iaitu adakah anda mampu mengingati semua peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda tidak kira samada peristiwa itu penting ataupun tidak? Saya agak yakin bahawa jawapan yang akan keluar difikiran anda adalah “tidak” bukan?. 

Ya, kita tidak mungkin dapat mengingat semua yang pernah kita lalui sepanjang kita hidup sejak dari kecil sehingga ke umur kini walau sebijak mana pun kita ini, dan walau sekuat mana pun ingatan kita . Kebanyakan daripada kita hanya akan mengingati sesuatu perisiwa yang penting dan bermakna sahaja dalam hidupnya kerana kita diciptakan untuk mempunyai daya ingatan yang  agak terbatas dari mengingat semua perkara.

Contohnya jika kita sekarang sedang berumur 21 tahun , kalau diberi peluang untuk menceritakan tentang apa yang telah kita lalui sepanjang hidup selama itu dalam masa beberapa jam tanpa henti sekalipun, ia pasti mengambil tempoh kurang dari sehari untuk bercerita bukan jika dijumlahkan jam-jam tersebut. Ya, ingatan kita sangat terbatas untuk mengingat secara detail setiap  hari, minggu mahupun bulan-bulan tentang peristiwa yang pernah kita lalui.
 Begitu juga hakikatnya bahawa kita tidak akan mampu mengingati setiap detik sejak dari kecil apa yang kita pernah alami dan jika ditanya pada akhir hayat nanti, pada saat malaikat maut menyapa kita,  kita akan menjawab bahawa seolah-olah kita baru hidup dengan sangat sekejap walaupun ketika itu kita mungkin berumur 50 tahun atau 60 tahun.  Ya, samada pada ketika itu sedang terjadinya kiamat besar seperti dalam ayat diatas, mahupun kiamat kecil iaitu kematian, manusia akan merasa dia hidup didunia hanya sepetang  atau sepagi sahaja.


Kesimpulannya, alangkah ruginya kita jika kita hidup selama ini, yakni  berusaha dan bersusah payah untuk memenuhi “keperluan hidup” yang  sebenarnya sangat pendek ini sahaja berbanding memenuhi “tujuan hidup” kita untuk menjadi bekalan untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Alangkah bahagia dan beruntungnnya orang yang beriman dan beramal soleh, iaitu golongan yang pada mata kasar kita, kita melihat mereka hidup dan menjalani kehidupan dunia seperti kita, padahal pada masa yang sama, mereka sedang membuka akaun mereka di akhirat juga. Melalui amalan baik mereka, mereka sedang mem“ bank-in” pahala yang berguna untuk menjadi mata wang di negeri akhirat sana.


Jumaat, 25 April 2014

Kita kecil jer tau?

Kalau anda naik kapal terbang, semakin lama, bangunan yang tinggi, yang cantik, anda akan nampak semakin mengecil kan?

Cuba bayangkan,di bangunan itu, terdapat banyak unit-unit rumah, dalam rumah itu pula, ada banyak bilik, dan anda salah seorang yang berada dalam bilik tersebut..

Bangunan yang sangat besar pun kelihatan tersangat kecil dari atas, rasanya kita memang kecil "giler"lah kan?

Begitulah juga, kita memang kena sentiasa "terhegeh-hegeh" dan cuba "menarik perhatian" Allah, agar kita dikenalinya...agar dia memperkenankan doa kita....

Allah tak terjejas sedikitpun dengan tiadanya kita yg kerdil ini, kita yang perlukanNya...

Kalau kita rasa masalah kita besar, mintalah penyelesaian pada Allah yang Maha Besar, pemilik bumi dan langit serta isinya..^^

Khamis, 24 April 2014

Kemana duit kita?



Cuba kira..Total duit yang kita pernah habiskan untuk tambang dari universiti-kampung halaman...urm..tak terkira dah kan? kalau naik flight lagilah mahal...

Cuba kira, berapa banyak dah habis duit beli topup, beli gadjet, beli casing gadjet..tak terkira jugak lagi kan?

Cuba kira total tiket bola sepak yg awak tengok kat stadium, tiket awak pergi tengok maharaja Lawak, tiket awak pergi tengok wayang, shoping sini sana....pasti lagi tak terkira yer dop?

Cuba kira duit yng kita pernah bagi kat Aqsa Syarif, kat tabung Syiria atau Palestin...mesti boleh kira kan..Seringgit?...Sepuluh ringgit?..Seratus?...Mesti boleh kira kan? Sebab baru sedikit kita bagi..Sampai kita masih boleh kira, berapa kali baru kita bagi....

Lepas tu, kita pun berharap agar anak Palestin pimpin kita keSyurga?

#insaf

Murah rezeki vs mahal rezeki



Kita selalu tengok rezeki itu dalam bentuk material kan?

Kita tengok kawan kita, anak orang kaya, selau boleh beli gadget mahal,boleh beli pakaian cantik, boleh shoping sokmo...mesti pernah terdetik di hati kita...untungnya dia, ada banyak rezeki...aku, apa jer ada...

Pernah kan terfikir?

Namun, jom kita reset balik minda kita,
Pakai cermin mata utk hati kita yg rabun itu.

Rezeki itu apa2 yg boleh memberi manfaat kpd kita...apa-apa sahaja...

Ada seorang pak cik, kumpul 2juta, sempat guna rm 2k jer, lepas tu mati, sebenarnya rm 2k itu saja lah rezeki dia...kerana milik seseorang,belum tentu rezeki seseorang...mungkin duit yg ditinggalkan itu rezeki anak cucunya..

Cuba tengok diri pulak,
Banyak mana yg rezeki milik kita, kita dapat guna,
Dapat manfaat  darinya...
Ilmu kita, duit kita, pakaian kita, gadget kita, kesihatan kita, nikmat iman dan islam kita....dan banyak lagi....tak terkira...

Banyak juga kan rezeki kita?

Aku diserang penyakit?

Aku rasa aku dilanda penyakit jealous..

Aku jealous dia lagi pandai...
Aku jealous family dia lagi bahagia...
Aku jealous dia lagi cantik atau hensem bergaya...
Aku jealous dia lagi kaya...
Aku pun sokmo jealous dia pandai kepimpinan,dia sangat berpengaruh, popular dan hebat hey lah..

Yesss, i think i am like that...

Then I reset back my mind..

Kalau aku jealous kelebihan dia, rasa nak dpt jugak,
Seolah olah aku jealous juga untuk dpt ujian yg dia dapat....dia yang kaya, pandai,cantik dan bahagia itu....ada ujian yg lain...ujian accident, ujian selalu dikacau sbb cantik, ujian keriakan kerana pandai...ujian disuruh byk kerja sebab hebat kepimpinan ...ujian dirompak kerana kaya...dan lain2..

Then, saya tak jadi pun nak jeles...
Then, saya mulai bersyukur apa yang saya ada..
Then teringat ayat ini...al hasyr ayat 10

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan  HASAD DENGKI dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".


#istighfar