Ahad, 30 November 2014

Merdekakah aku?



Cartaz : awak, boleh tak kalau saya tak nak sepenuhnya merdeka?

Amani: awak ni dah kenapa? Semua orang nak merdeka kot...awak suka ke dijajah macam dulu dulu?

Cartaz : saya nak sangat merdeka dari penghargaan manusia, saya tak nak fikir sangat apa org kata ( apa yg sy buat yg ikut syariat ), saya tak nak semua tu...saya nak merdeka dan bebas dari semua itu.

Amani: la, habis merdeka yg mana awk tak nak?

Cartaz : saya tak nak saya rasa merdeka dari menjadi hamba Allah....saya tak nak bebas dari " tinjauan" Allah...saya takut suatu masa saya tak rasa saya hamba....saya takut saya bertuankan selain Allah, mungkin duit, mungkin pangkat...mungkin bos..doakan saya tau.

Amani: * speechless* Awak yg patut doakan sy lebih sebab saya tak pernah pun terfikir hal tu...yg saya tahu #akuMerdeka je..lupa yg sbnrnya #AkuHamba

#AkuHamba

Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, 18 Oktober 2014

Muet band 5 ?

Wahai abe jeeb, adik na nk tegur siket boleh?

ehem,

Kalau budak medic nak grad kena band 5 Muet baru boleh jadi doketo,

Kami mencadang, sep2 menteri kena lebih band 5 kalau nak jadi menteri jugop dalam MUAT ( malaysian university " Agama " Test) ?- especially bab hudud...biar pro habis habisan...

Kamu kata english itu penting bangat utk jadi doktor,
Kami kata Agama itu lagi teramat so much important nak jadi menteri,nak jaga negara...

Apa kata anda? Wahai PM?
Jika anda Dato' Najib, anda akan dengar suara rakyat,
Unless kalau anda adalah dato' bijaN ( bijan tersumbat dlm telinga)

Sekian...


Ahad, 21 September 2014

Ibadah seorang pekerja hospital

Untuk pekerja Hospital, especially medical student dan DOKTOR2

jadikan HOSPITAL " masjid" anda utk anda beribadah.
jadikan PATIENT anda " tasbih" anda untuk ingat Allah..
jadikan WHITE COAT anda "kain sembahyang" anda 
jadikan ON CALL anda sebagai "qiam" untuk beroleh pahala.

kerja dan belajar pun boleh jadi ibadah tau..^^



Jumaat, 25 April 2014

Kita kecil jer tau?

Kalau anda naik kapal terbang, semakin lama, bangunan yang tinggi, yang cantik, anda akan nampak semakin mengecil kan?

Cuba bayangkan,di bangunan itu, terdapat banyak unit-unit rumah, dalam rumah itu pula, ada banyak bilik, dan anda salah seorang yang berada dalam bilik tersebut..

Bangunan yang sangat besar pun kelihatan tersangat kecil dari atas, rasanya kita memang kecil "giler"lah kan?

Begitulah juga, kita memang kena sentiasa "terhegeh-hegeh" dan cuba "menarik perhatian" Allah, agar kita dikenalinya...agar dia memperkenankan doa kita....

Allah tak terjejas sedikitpun dengan tiadanya kita yg kerdil ini, kita yang perlukanNya...

Kalau kita rasa masalah kita besar, mintalah penyelesaian pada Allah yang Maha Besar, pemilik bumi dan langit serta isinya..^^

Undilah BN, kalau nak...

Undilah BN kalau nak kelantan ada pusat Judi dan Arak,

Undilah BN kalau nak harga minyak naik,

Undilah BN kalau nak harga gula yang RM2 jadi RM3,sbab dulu singgit lebih,sekarang da jadi RM2(sama jgk brg2 lain)

Undilah BN kalau nak anak anak muda jadi lebih teruk dari sekarang.dengan zinanya,anak luar nikah nya.

Undilah BN kalau nak bayar tol setiap hari,

Undilah BN kalau nak beli kereta double price dari harga asal

Undilah BN kalau nak Duit-duit cukai rakyat,just berlegar dikalangan kroni-kroninya sahaja,

Undilah BN kalau nak pemimpin yang suka je bersalam dengan non-muhrim

Undilah BN kalau nak lagi dengar fitnah-fitnah mereka kpd ulamak2

Undilah BN kalau tak nak hukum Islam tertegak!!

Silalah UNDILAH BN,kalau awak nak semua diatas.

-kalau BN ingin perjuangkan ISLAM,nak laksanakan HUKUM ALLAH,PAS pasti akan terbubar,saya pasti akan undi BN.

masalahnya,DR M kata:"say no to hudud"
tv 3 g tanya karpal sigh dan artis2,relevenkah hudud..
kenapa tak tanya ULAMA'?

takut ulama' jawab HUDUD WAJIB?
takut awak dan kroni awak kena potong tangan sebab suka ambil duit rakyat?
takut tangan2 awak jadi "sup tangan"

ALLAH dah sebut:

” dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dgn apa yg diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka” AQ 5:49

bagi non muslim,jangan takut,Hudud tak kena utk awak...

-maaf kalau ada yg salah-
 — with Nurul Shatiraf Ramli and 18 others.

Pru13

TUK GURU...dah berapa kali dah PRU,tak dapat menawan MALAYSIA,
tapi beliau masih tegak berdiri...

kita?kebanyakan baru je mengundi,dah nak down sebab baru SEKALI follow pRU ni..
kata nak masuk SYURGA...pasti bukan mudah...

kita KERJAnya tak SEBERAPA, downnya yang LEBIH..
pastu nak minta duk sebelah NABI kat SYURGA nanti..

ada analogi kat sini

terdapatlah seorang bomoh yang terkenal dengan ke"menjadian"nya,
Dia gunakan sihir,minta tolong jin,yang penting tak guna pun ayat QURAN,
tapi menjadi je kerjanya,kalau dia ubati,sembuh semua pesakit dia,

Dia berkata-tengok,hebat kan aku? tak payah jumpa doktor,jumpa aku pasti akan sembuh penyakit kamu!!

kita sebagai orang kampung,tahu dia syirik gitu,kita pun doa semoga Allah bagi dia kena sambar petir ke,eksiden ke dia...tapi malangnya tak jadi jugak,malah semakin ramai yang g berubat dengannya...

adakah kita rasa dia BETUL?
adakah kita rasa DOA kita TAK MAKBUL?
adakah kita rasa ALLAH tak dengar DOA kita?

TAK!!! Allah lantik kita sbgai ajk peringatan kampung tersebut..DIA nak tambah PAHALA..

Allah bagi ISTIDRAJ kat dia,biar bomoh tu rasa dia hebat lagi,Allah nak tambah lagi DOSA dia...

(sama jugak pru ni,mungkin ada ahli pas yang masih tak buat apa yg Allah suruh,menjadi penyebab penangguhan KEMENANGAN...

masihkah ada ahli kita yang tak SOLAT?jadi SOLATLAH!!!
masihkah ada ahli kita yang tak TUTUP AURAT? so TUTUPLAH!!!
masihkah ada ahli kita yang tak sedar tugas kita sebagai KHALIFAH dan HAMBA?

tapi pastikan BUAT kerana ALLAH..kerana IKHLAS adalah SYARAT KEMENANGAN.(^_^)

tq Allah,bagi hadiah KELANTAN!!!
for me kelantan is UMMI NEGARA MALAYSIA...(^_^)
 — with Nurul Shatiraf Ramli and 18 others.

Ada apa dengan berkat?



Selalu, kalau kita faham adalah, berkat itu sesuatu yang sedikit, tapi mencukupi..
Oh, kalau ada duit seribu setengah,walau duduk "ke el" anak ramai, cukup je makan, siap ada lebih lagi...tak tahu macamana boleh jagi gitu,

kalau belajar pulak, orang lain belajar 5 jam baru faham, ada orang belajar benda yg sama 2jam dah dapat faham+ ingat sekali( wah, hebat giler, nak jugak)

Ni nak cerita lain siket:BERKAT itu boleh menghasilkan sesuatu yg tak pernah kita bayangkan.

Ada kawan share: " Ada Nouman Ali Khan kata, time dia belajar dengan Tuk guru dia, guru dia tak kisah pun walau kuliah tuk guru dia ajar,semakin hari, semakin tak ada orang, tuk guru dia still komited mengajar, tak kira berapa banyak pelajar kat situ....Nouman kata, dialah yang antara yang sedikit  yang bertahan belajar, tapi nak kata betapa wujudnya keberkatan pada Tuk guru dia tu, sampaikan Nouman dapat ajar ilmu yang guru dia ajar, sampai satu dunia kenal Nouman, ramai yg tersentuh, ramai yang berubah, juga ramai pula kawan- kawan saya yang share melalui usrah masing- masing. Sungguh nampak keberkatan kan disitu?

Tiba- tiba saya terfikir,  Oh,  macamtulah kot berkatnya PROF MUHAYA, berapa ramai yang dengar talk dia, terberubah...lepas tu share kat facebook, share kat usrah, share recording talk dia kat family...walaupun dia tak pernah tahu pun ada orang terkesan sampai begitu dengan kata-katanya...

*Jom cari Keberkatan*

Syahidnya seorang Ammar

 HIDUPNYA LOW PROFILE....MATINYA MENJADI FENOMENA 

Tiba-tiba semalam tergerak hati nak tengok byk video pasal assyahid ammar...sebelum ini just tgok article dn post2 fb je...

sedih, terharu dan kagum...semua menjadi satu...

Mula-mula tetanya juga, kenapa dia digelar syahid? bukan meninggal sebab berperang pun kan? bukan kat syiria atau palestin pun kan?

 Ayah dia ada cerita, org panggil mati dia sebagai mati syahid sebab dia dilanggar ketika dlm perjalanan nak mengajar risalah annur kat anak2 dari beberapa negara..dan tengok dalam beg dia ada bab pertama yang dia nk ajar iaitu bab IKHLAS...

Ayah dia juga ada cerita, kawan-kawan dia ada bercerita kat ayahnya bahawa Ammar ada bermimpi bertemu bidadarinya sewaktu dia berada di syria..dan dia rasa tiada nafsu dah untuk dunia, sebab bidadarinya telah menunggunya..( dalam catatanya-berlaku pergolakan dalam dirinya....antara mati syahid dinegara org(syiria), atau mati dimedan dakwah ( kat turki), sebab bidadari dia dah nampak, dia rasa dia kena mati kat syiria, tapi ilmu dia tak cukup lagi, dia juga nak belajar lagi kat turki..

..subhanallah,dia digelar syahid yang tertangguh sebab tak mati kat syria, tapi kat turki...dan jasadnya disemadikan kat perkuburan yg ramai sahabat dan Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

 Mak dia pula kata begini: Masa tahu dia meninggal saya tidak menitiskan air mata, saya just kata" innalillah..
Ammar adalah anak yg hampir sempurna, tapi sebenarnya bagi saya dia mempunyai Akhlak yang sangat sempurna, sebabnya time saya recall balik, saya tidak teringat pun mana2 perbuatan dia, yang boleh membuatkan saya meninggikan suara padanya..

Dia juga tak pernah cerita apa pencapaian yg dia dah buat, juga tak pernah cerita keburukan orang, kecuali sekali, itu pun sebab nak selesaikan masalah org tu...

Dia juga memang jarang ketawa, jarang senyum...sejak dari kecil dia begitu, kalau kat sekolah, jika dia gelak, cikgu dia akan call dan cekap :"he's laughing today", macam satu isu pula...tapi yang peliknya, ramai orang suka dekat dengan dia, mungkin sebab aura dia kot..

Dalam video tu, ramai giler sheikh2 dari turki, berebut-rebut nak pegang jasadnya, nak usung kerandanya, solatkan jenazahnya...

jika dulu...SUMAIYYAH, ibu AMMAR bin YASIR menjadi syahidah,
Kalau kisah itu kita tak boleh nak rasai..

Rasailah kisah ini...Ahmad Ammar...baru umur 20,
Kurangnya DOSA, tapi banyak PAHALA..

Khamis, 24 April 2014

Kemana duit kita?



Cuba kira..Total duit yang kita pernah habiskan untuk tambang dari universiti-kampung halaman...urm..tak terkira dah kan? kalau naik flight lagilah mahal...

Cuba kira, berapa banyak dah habis duit beli topup, beli gadjet, beli casing gadjet..tak terkira jugak lagi kan?

Cuba kira total tiket bola sepak yg awak tengok kat stadium, tiket awak pergi tengok maharaja Lawak, tiket awak pergi tengok wayang, shoping sini sana....pasti lagi tak terkira yer dop?

Cuba kira duit yng kita pernah bagi kat Aqsa Syarif, kat tabung Syiria atau Palestin...mesti boleh kira kan..Seringgit?...Sepuluh ringgit?..Seratus?...Mesti boleh kira kan? Sebab baru sedikit kita bagi..Sampai kita masih boleh kira, berapa kali baru kita bagi....

Lepas tu, kita pun berharap agar anak Palestin pimpin kita keSyurga?

#insaf

Murah rezeki vs mahal rezeki



Kita selalu tengok rezeki itu dalam bentuk material kan?

Kita tengok kawan kita, anak orang kaya, selau boleh beli gadget mahal,boleh beli pakaian cantik, boleh shoping sokmo...mesti pernah terdetik di hati kita...untungnya dia, ada banyak rezeki...aku, apa jer ada...

Pernah kan terfikir?

Namun, jom kita reset balik minda kita,
Pakai cermin mata utk hati kita yg rabun itu.

Rezeki itu apa2 yg boleh memberi manfaat kpd kita...apa-apa sahaja...

Ada seorang pak cik, kumpul 2juta, sempat guna rm 2k jer, lepas tu mati, sebenarnya rm 2k itu saja lah rezeki dia...kerana milik seseorang,belum tentu rezeki seseorang...mungkin duit yg ditinggalkan itu rezeki anak cucunya..

Cuba tengok diri pulak,
Banyak mana yg rezeki milik kita, kita dapat guna,
Dapat manfaat  darinya...
Ilmu kita, duit kita, pakaian kita, gadget kita, kesihatan kita, nikmat iman dan islam kita....dan banyak lagi....tak terkira...

Banyak juga kan rezeki kita?

Percaya sebelah pihak jer?




Tv yang sama tunjuk mentor yang joget2...
Tv yang sama juga tunjuk aksi-aksi pelik2..
aksi atas katil dan bawah katil..semua ada...
yang iklannya mostly tak pakai tudung..

Tv tu jugalah yang kutuk ulamak...
kamu still percaya apa yg tv tiga suku tu cakap?
walaupun kita tahu penyampai beritanya tak pakai tudung?
yang tak sure solat ke tidak...

wahai kita,jom kita tapis apa yg kita baca dan dengar..
kita tak pernak pergi dengar ceramah pihak A,tapi terus percaya bujur2 apa yang pihak B kata..

kita tak pernah tahu...diceramah pihak A ,hanya ayat Allah dijadikan Isi ceramah,bukan dari kepala sendiri juga nyanyian Kpop seperti yg si pihak B buat...
apatah lagi nak ajak si penari GANGJAHANNAM STYLE....

ni ada satu ayat..jom rasainya...

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (alhujurat-12)

Tv yang sama tunjuk mentor yang joget2...
Tv yang sama juga tunjuk aksi-aksi pelik2..
aksi atas katil dan bawah katil..semua ada...
yang iklannya mostly tak pakai tudung..

Tv tu jugalah yang kutuk ulamak...
kamu still percaya apa yg tv tiga suku tu cakap?
walaupun kita tahu penyampai beritanya tak pakai tudung?
yang tak sure solat ke tidak...

wahai kita,jom kita tapis apa yg kita baca dan dengar..
kita tak pernak pergi dengar ceramah pihak A,tapi terus percaya bujur2 apa yang pihak B kata..

kita tak pernah tahu...diceramah pihak A ,hanya ayat Allah dijadikan Isi ceramah,bukan dari kepala sendiri juga nyanyian Kpop seperti yg si pihak B buat...
apatah lagi nak ajak si penari GANGJAHANNAM STYLE....

ni ada satu ayat..jom rasainya...

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (alhujurat-12)

Aku diserang penyakit?

Aku rasa aku dilanda penyakit jealous..

Aku jealous dia lagi pandai...
Aku jealous family dia lagi bahagia...
Aku jealous dia lagi cantik atau hensem bergaya...
Aku jealous dia lagi kaya...
Aku pun sokmo jealous dia pandai kepimpinan,dia sangat berpengaruh, popular dan hebat hey lah..

Yesss, i think i am like that...

Then I reset back my mind..

Kalau aku jealous kelebihan dia, rasa nak dpt jugak,
Seolah olah aku jealous juga untuk dpt ujian yg dia dapat....dia yang kaya, pandai,cantik dan bahagia itu....ada ujian yg lain...ujian accident, ujian selalu dikacau sbb cantik, ujian keriakan kerana pandai...ujian disuruh byk kerja sebab hebat kepimpinan ...ujian dirompak kerana kaya...dan lain2..

Then, saya tak jadi pun nak jeles...
Then, saya mulai bersyukur apa yang saya ada..
Then teringat ayat ini...al hasyr ayat 10

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan  HASAD DENGKI dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".


#istighfar

Larome untuk sihat

Salam, dalam article ini, saya ingin menceritakan kepada anda satu produk kesihatan, iaitu L'arome apple stem cell. Mungkin anda tertanya-tanya dan akan berkata, " ah, dah berpuluh produk slim aku dah cuba, tak berkesan pun" ataupun" eh, aku susah nak guna produk yang nak kurus ni, nak kena makan,eii, takut lah..."

Mungkin salah satu ungkapan tersebut pernah terkeluar dari mulut anda, disini lah fungsi article ini diwujudkan,iaitu nak menghapus sangkaan buruk anda dan memberi jawapan kepada persoalan anda.

Ingin saya jelaskan, Larome merupakan produk yang sangat berkualiti, kerana kandungannya diformulasi oleh seorang saintis yang bernama Dr. Fred zullie. Beliau mengkaji sejenis epal liar di negara swidzerland kerana melihat keunikan epal tersebut yang walaupun sudah jatuh dari pokoknya selama berminggu minggu, tetapi isinya masih dalam keadaan elok dan tidak bertukar kuning. Kagum dan teruja dengan kelebihan itu, beliau cuba menggunakan teknologi Phytocell ( Mallus domestica) untuk menggunakan epal stem cell itu sebagai produk kesihatan.

Seawal beberapa minit pemakaian Larome, pengguna akan merasakan rasa panas disebabkan kesan pembakaran lemak ditempat yang disapu. Untuk kesan maksimum, pengguna disarankan menggunakan 4 picit Larome setiap kali memakainya, dan pengguna digalakkan memakai 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam.

Mengikut testimoni, walaupun produk ini masih baru di lancarkan pada bulan 8 tahun 2013, sudah banyak testimoni yang positif dari kalangan pengguna. Yang lebih menarik, Larome juga sudah beberapa kali di muatkan dalam akhbar bersama testimoni pengguna yang berpuas hati dengan produk ini, selain daripada membakar lemak, ia juga sangat berkesan untuk menghilangkan selulit dan kesan rekahan selepas bersalin di perut anda.

Jika diberikan ubat yang sama oleh doktor yng sama mengikut dos yang sama untuk pesakit yang berbeza, sudah tentu kesan penyembuhan adalah berbeza mengikut orang kan?
Begitu juga larome, ada yang boleh berkurang 6 kilogram dlm masa sebulan, ada juga yang berkurang hanya sekilogram selama seminggu. Ya, kesan larome akan berbeza mengikut orang yang berbeza...Namun, kalau belum mencuba, bagaimana kita akan tahu kan?

Sebelum itu, para pengguna dinasihatkan niat terlebih dahulu,
Kenapa ingin kurus? Kerana ingin sihat? Ataupun kerana ingin dipuji sahaja? Reflect balik niat anda, semoga dapat kurus dan sihat...