Sabtu, 16 Februari 2013

Horrey,Kita sedang Ditembak...

Perasan tak perubahan masyarakat sekarang?
kalau anak-anak tak pandai mengaji,itu adalah perkara biasa..
kalau artis-artis wanita  tak pakai tudung,itu pun biasa..
hisap rokok bawah 18 tahun tersangatlah ramai remaja-remaja kita..
budak-budak sekecil dua tahun,dah tahu lagu gangnam style yg entah ape2..

Pakai tudung tutup aurat,,ohh...jarang nak jumpa..
Lelaki nak pakai kopiah,lagilah kurang nampak..
Anak2 nyanyi"anak nabi kita" atau "sayang2 Allah" tak pernah pun terdengar..

Sedarlah,bangunlah...masyarakat kita sedang parah,,
Kita sedang ditembak dan dibedil oleh israel tanpa disedari...dan kita still ada masa nak bergembira banyak-banyak.
Mereka dah buang Quran dari hati kita..Kita baca je,tapi tak amal,dah tak rasa isi dan Zatnya..

Memanglah tak nampak Darah,sebab mereka serang pemikiran kita,lagi halus..kita pulak yang tolong "bedil" anak2 kecil kita,kita sediakan peluru-peluru untuk mereka ditembak,dengan benda-benda yang kita suka..bola berlebihan,hiburan melampau,fesyen pelik-pelik..

Jangan nanti menangis air mata darah sudahlah kalau anak anda menjadi si tanggang moden..
Habis duit mak ayah sebab beli pampers,beli susu bertin-bertin,dan kerja letih-letih nak bagi makan pakai anak-anak,harapnya kalu besar boleh jadi baik,boleh membahagiakan parents...tapi,kalau tak bagi ajaran agama,jangan terkejut andai mereka menderhaka,lalu menarik keneraka,sebab kita tak ajar mereka..sejak kecil lagi ...minta dijauhkan...

p/s: (Ditujukan kat diri sendiri terutamanya,atau sape-sape ada anak atau anak saudara..)
wahai awak dan saya ,sedarlah bahawa kita sedang ditembak,dengan senjata halus lagi tak nampak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan