Sabtu, 16 Februari 2013

Nak berubah...Tapi...

<3Anda hebat kalau baca sampai habis ♥ (tak panjang mana pun)

Ada sesiapa tahu tak cara mahu BERUBAH?...

berubah ke arah apa?of course,berubah menjadi jauuuh lebih baik...menjadi lebih beriman...walaupun saya bukanlah menteri perubahan,tapi selepas renung +mimpi +ilham dapatlah siket idea...mengapakah susah bangat manusia bernama orang macam kita nak berubah jadi baik...NAK jadi tak baik mudah pulak...

sesiapa yang rasa dah baik,dah terlalu tenang,memang takde masalah langsung dengan hidup...takpe kalau tak apply pun research ni...eh..

saya duk tengok kat sekeliling kan,semua orang mahu berubah,
- perokok sebenarnya nak berhenti,cuma dh ketagih,nak buat camne...bagi yg gangster,dah try nk jd baik,cuma tak jadi2...
-sama dgn yg tak tutup aurat...dari tak tahu kena tutup rambut,cubala siket2 letak tuala kecil kat kepala..tapi tak full tutup jugak..
-yang tak solat,malas dan ego pulak jadi penghalang..

♥ mereka sebenarnya tak tahu cara berubah itu bagaimana..♥

♥ mula2,kalau betul nak berubah,jangan sekadar nak suruh nampak je dah berubah,dengan like n share benda2 islamik...tapi itu dah permulaan yang baik,cuma jgn brhnti tu je sudah la..

♥ pastu,kena tanam niat kat hati,kenapa nak berubah jadi baik,nak suruh dapat pasangan yg baik jugak ke,atau nak jadi lebih tenang ke,nak didik anak jadi baik ke,atau nak dapat Redha Allah ke...cuba fikir jap...cakap dlm hati..."aku nak berubah,sebab ini dan itu"...tapi percayalah jika kita berubah kerana Allah,ia pasti lebih menjadi..

♥ then,jgn niat je,kenalah bersusah siket...kalau lapar,kita bukan fikir je mknn yg nak dimakan,mesti kita sediakan duit dan pegi beli kan?kalau nak jadi baik,lagilah kena bergerak,kena bertindak...

♥ cuba masukkan input2 baik dlm diri,dgr ceramah Uai ke,rakaman prof muhaya ke,buku2 islamik ke...suara2 baik dari input itulah akan kita dgr time sepanjang kita nak berubah,input tulah yg boleh tolong kita lawan suara syaitan dan nafsu yg dah jadi kawan kita selama ni..jgn allergik mencri benda baik...kalau tak, benda jahat akan cari kita...

lagi,cuba berhenti sejenak,fikir,apa yang buat kita tak jadi baik sebelum ni...
kalau saya tengok,orang yg kerja kat pasar malam,mereka jadi malas solat sebab sibuk...time solat magrib tulah ramai customer dtg..

kalau kita?apa yg buat kita tak berubah?sibuk jugakkah?atau tiada dorongan untuk berbuat demikian? cuba fikir dan cari penyelesaian...

kalau kita teragak2 untuk mendekati Allah,jadikan arahan Allah pilihan terakhir sekali untuk dibuat...adakah kita yakin,kalau kita Berdoa,Doa kita yang awal2 di makbulkanNya?

jom renung,bertindak,cari kawan dan persekitaran yang baik2...ALLAH PASTI MENOLONGMU....amin

minta tolong share article ni boleh?jika ada yg berubah melalui kita,itu lebih baik dari dunia dan isinya...(mafhum hadis)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan