Sabtu, 16 Februari 2013

Sedar tak awak tu "Tak Sedar"?



Apa yang membuatkan hari ni kita rasa nak senyum pada semua orang walaupun semalam kita tak ingat pun kita kena senyum?

Apa juga yang menyebabkan seseorang tedetik untuk tidak membazir,dengan komitednya menutup suis lampu dan barangan elektrik yg tak digunakan,walaupun biasnya dialah yg paling selalu tak ingat nak tutup suis,dialah yg paling membazir?

Apa juga yang buat kita tiba2 nak buka IKIM.fm,ataupun TvAlhijrah,astroOASIS, atau Tanyalah Ustaz kat TV9?walaupun selalunya…dia memang alergik gatal2 serta muak dengan benda2 islamik cenggitu?

Apa jawapannya?nak tahu? the answer is Awareness…iaitu kesedaran….

Tiba2 je anda tersedar yg hari ni anda kena lebih baik dari semalam..

Tiba2 je teringat,yg tak bestnya hidup tanpa tuhan…kena cari jalan mendekati Tuhan ni,,
Tiba2 je rasa nak buka you Tube tengok video2 ceramah..ustaz azhar idrus ker..

Ianya bermula dari kesedaran…tapi camne nak dpt kesedaran?

”saya dah macamni nk buat camne?”..”Allah tak bagi pun hidayah”..atau “tak sampai seru lagi”inilah jwapan yang sering terdetik kat hati kita kan?

Yup,bukan senang nak dapat kesedaran…ia berkait juga dgn Hidayah…tapi sudahkan anda buka pintu hati tu luas2,disaat Encik Taufik dan Puan Hidayah datang mengetuk?atau kita sendiri yg tak dengar?ke kita yg pergi mengetatkan pintu tersebut?maybe jgk kita pergi grill pintu hati…dengan dosa2 yg berkarat?

Awak yang kena meraikan dan menyambut…disaat pasangan TAUFIK n HIDAYAH datang mengetuk pintu di ♥ hati ♥
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan