Ahad, 17 Februari 2013

Syurga vs Neraka

 Ingat lagi tak time kecil-kecil dulu,mak,cikgu atau orang yang lebih tua dari kita selalu je kata:

"Jangan buat itu dan ini,,nanti masuk neraka"

kalau diorang nak suruh buat benda baik pula:

"Solatlah,mengajilah al Quran,baru boleh masuk Syurga"

Tapi sedar atau tidak,kita jarang sekali takut setakutnya time dengar perkataan NERAKA,
juga tak TERLIUR lagi addictkan SYURGA time nama nya disebut-sebut oleh sesiapa...

Apa yang silap ya? Nak cakap ramai yang tak percaya ada SYURGA dan NERAKA,itu agak mustahil..
sebab dalam lagu pun ada orang buat pasal SYURGA..
Adakah percaya kita itu percaya yang BERIMAN, atau percaya yang sekadar TAHU...

Ramai yang tahu betapa ramai yang akan diseksa kat NERAKA kalau tak solat,tapi berapa ramai je yang bersungguh-sungguh nak lari dari NERAKA itu?

Betapa ramainya antara kita tahu,mahalnya harga sebuah SYURGA, tapi ramai ke CUBA PENUHKAN AKAUN AKHIRAT mereka?

kat sini,saya nak cerita sedikit apa itu SYURGA,NERAKA pula macamana..


SYURGA...

~ Didalamnya tersangatlah cantik,kalau nak tahu secantik mana,cuba bayangkan tempat yang paling cantik kat dunia ni yang setakat yang kita boleh bayangkan....ia pasti bukan SYURGA..sebab CANTIK dan BESTnya SYURGA itu,kita tak boleh bayangkan...tak tercapai-dek-akal-kita...

~Ada satu kisah,terdapatlah seorang yang last sekali dibebaskan dari NERAKA selepas di"BASUH" semua DOSANYA dan diazab di NERAKA...Dia pun berjaya lah ke SyURGA,ketika berada di tempat "pintu masuk" syurga, dia melihat banyak dan teramat nampak enak pokok buah-buahan disitu,apa lagi,disebabkan dirinya yang teramat lapar lagi dahaga,dia memakan buah tersebut serakus-rakusnya..
Seorang ahli syurga pun menyapanya dengan berkata"Kenapa makan buah tu je,kenapa tak nak masuk dan cuba tengok apa lagi yang ada kat dalam SYURGA yang BEST ni...

Orang yang pertama tadi pun kata:"Tak,sebab aku rasa best giler buah ni,aku rasa rugi kalau tak makan banyak-banyak"

Orang kedua:"cuba kamu lihat,kat belakang kamu,itulah kulit buah yang kamu makan itu"

Orang Pertama pun berpaling dan alangkah terkejut monyetnya,kerana melihat satu gunung kulit buah yang dia makan,dan dia tak merasai pun bahawa dia sudah beribu-ribu tahun berada disitu

(Alangkah HEBATnya SYURGA kan?Analogi ni Ustazah sekolah yang cerita time kat sekolah dulu)


Neraka pula camne?

~Jangan rasa NERAKA itu tak muat untuk kita kerana kita tahu ramai yang "layak" memasukinya..kerana jika dilemparkan batu dari atas NERAKA,70 tahun kemudian,barulah batu tersebut sampai ke dasarnya,dan sehari di AKHIRAT menyamai SERIBU hari didunia...

~Kalau di Akhirat nanti,Tiada pilihan ketiga dah,kalau tak masuk SYURGA,pasti akan masuk NERAKA,(ia bukan banyak-banyak pilihan macam kita nak pilih UPU)

~Ramai diantara kita,mengimpi-impikan syurga,tetapi berbuat perkara yang menempah tiket ke NERAKA...

~Kita bukan macam para nabi dan sahabat yang dijanjikan SYURGA..kalau mereka yang compem masuk SYURGA pun menangis-bertaubat,berjihad-berdarah-syahid,beribadat hingga tak tidur..kita pula macamana?

Nak masuk Neraka senang giler, cuba tidur je sepanjang hari,tak payah buat apa-apa,tak payah bangun subuh,senang je kan berbanding nak jadi VVIP SYURGA?
delete our sins,
add more deeds,
by install high quality of E-man.


Ada juga orang pernah cerita,kalau nak bandingkan percentage berapa ramai masuk SYURGA dan NERAKA,cuba bayangkan seekor kambing,di badan kambing-kambing tersebut dipenuhi bulu-bulu halusnya, cuba bayangkan anda mengambil satu je bulu kambing tersebut,pasti banyak lagi yang tertinggal kat badan kambing tersebut kan?

Begitulah juga,kalau nak tahu berapa ramai je boleh masuk SYURGA,dengan membandingkan analogi tersebut, satu bulu yang kita ambil itu jelah yang mewakili berapa ramai orang boleh masuk Syurga,manakala yang banyak-banyak lagi yang tak dicabut tu,mewakili ramainya nanti ahli NERAKA...kalau dikira semua manusia,dari zaman nabi Adam lagi..ianya tersangatlah ramai bukan?Minta dijauhkan menjadi ahlinya..

Yess,syurga itu untuk yang terpilih,
Syurga itu HEBAT,dan untuk yang HEBAT-HEBAT saja,
Sedikit saja layak memasukinya,
JOM,jadi golongan yang sedikit itu..


SETIAP SAAT APA YANG KITA BUAT KAT DUNIA,
MENENTUKAN KONDOMINIUM atau RUMAH SETINGGAN kita dapat NANTI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan