Isnin, 18 Februari 2013

Pencen Kubur!

♥ JANGAN BACA, kalau bukan dengan hati ♥

Andai saya tiada lagi...saya nak sangat post-post saya dishare..sebanyak mungkin..agar bertambah pahala,boleh jadi PENCEN KUBUR..(post-post  yang bermanfaat jela)
Kerana pahala saya sangat sedikit...terlalu kurang...berbanding dosa yg dibuat..berbakul2..berguni2....mybe dah mencapai infinity..
Andai saya tiada lagi..saya takut sangat...jika ada gambar2 saya..yg tak completely tutup...dilihat
 orang...yg pasword fb sya,saya je tahu...(org len xleh nk tlng delete)
sangat juga takut...jika ada org2 disekeliling saya..masih belum sempat saya tegur...saya dakwah....walaupun saya tahu akan kesalahan mereka..


Eh..kenapa emo ni?dah nak mati ke? awak ada sakit apa-apa ke ?

Takkk..tak perlu kena sakit dulu, baru kita boleh mati...Contohnya..boleh jadi brek tak jadi time kita naik kereta...ataupun,pemandu mabuk datang langgar kita time kita hepi-hepi pegang tangan kawan ketika jalan-jalan kat jalan TAR time beli tudung(eh.)....Terjatuh lif ke...terputus kipas ke time tidur atas katil king size lagi enak itu..Tergempa bumi boleh je terjadi bila-bila masa (dahla duk tingkat 16 ni.huh.)MATI?? boleh je bila-bila masa ALLAH nak ambik bali NYAWA yang DIA bagi pinjam...So,kita kena lah  bersedia...dengan Pencen Kubur...(kita selalu je nak kerja makan gaji sebab boleh pencen kan?,pencen kat kubur dah sedia banyak-banyak ke?Time tu sudah takde talian hayat tahu?ataupun nak hutang pahala dengan Along ke jika akaun pahala kita kosong,memang tidak ada kan?Kecuali yang ada,yang dapat bantu adalah amal jariah kita(yang kita derma singgit kat masjid tu) ,anak soleh(kalau ada anak lah,nak dapat anak soleh,jadilah anak soleh pada mak ayah dulu yer),dan ILMU yang bermanfaat je boleh tolong(contonya share article-article islamic)....Jom,jadikan fb dan blog sebagai medan untuk orang lain dapat ilmu yang bermanfaat..automatik kita dapat pahala...Best kan?


~buat jahat berpada-pada (kita kan selalu wat dosa..berpada-pada lah)
~buat baik jangan sekali (buat banyak kali)(^_^)
 

Koleksi Post Fb ku Part 1




<3 Kawan-kawan,apa yang kita post kt fb atau blog  b0leh membri kita pahala@sebaliknya..then jangan fikir berapa orang akn like@comment post kita ,fikir comment ALLAH & adakah DIA LIKE atau comment baik  PICTURE kita upload?TOP uP PAHALA kita SOKMO..

<3 Cuba tanya kepada diri sendiri, setiap kali lepas ada orang jumpa kita, dia akan jadi lebih baik ke sebaliknya?...kata-kata  yang kita ucapkan boleh mempengaruhinya untuk menjadi penolongnya untuk mendapat pahala atau sebagai toksik untuk hatinya...maybe dia akan mendoakan kita,boleh jadi dia akan mengumpat kita.....pilihlah nak jadi yang mana (^_^)

<3 Jika satu dunia tak menghiraukan anda,mengumpat pasal anda,tak pandang pun muka anda...cukuplah jika Allah sahaja menyayangi anda,mendengar luahan hati anda...hidup anda akan teramat TENANG (ini yang orang jarang dapat sekarang)...siyes...bergantunglah hanya pada Allah...

<3 Kita selalu sebut 'sakitnya kepala'...'kenapa muka aku tidak secantik atau sehensem dia?' dan banyak lagi kata-kata yang  tak puas hati everyday..Jom ubah ayat tersebut...kepala aku je sakit,jantung masih sihat,lidah tak de ulser,urat tak putus walaupun ianya sangat halus,..dan banyak lagi yang  boleh buat kita SYUKUR sebenarnya..FOKUS pada yang SIHAT dan CANTIK dalam badan kita...dan ingat!!setiap rasa susah atau sakit,ALLAH nak uji kita atau nak AMPUN DOSA kita..jadi,kenapa bersedih lebih-lebih?

 <3 Sesiapa yang masih rasa hidupnya masih boleh berSENANG-senangan,langsung rasa tak susah hidup ni walau banyak tak buat arahan ALLAH,maybe KESusahan dan AZAb Allah di akhirat sedang menunggu.NAuZUBILLAH ..apakah sama balasan Allah kepada orang-orang yang enjoy-enjoy lagi enak menikmati hidup ini berbanding orang yang SElalu merintih takutkan dosa-dosanya,selalu memikirkan hal-hal umat disetiap helaan nafasnya,menangisi dosa-dosanya(walaupun yang kecil-kecil saja)...fikir-fikirkan kan,kita di golongan yang mana?masih rasa tenang dalam melakukan DOSA?

<3 Sayang tak parents anda?mestilah ya kan? tapi cuba chek balik kasih sayang anda tu...adakah sayang sebab parent kita yang jaga kita sejak kecil? ke sebab fitrah? sebab diorang bagi makan kat kita ke sejak kecil?kalaulah kita sayang mereka kerana sebab tu,tak ubahlah kita macam binatang,yang sayangkan 'mak' mereka kerana fitrah,kerana bg makanan kat diorang!!!seperti lembu yg tolong ragut rumput utk anaknya...atau burung yang bagi cacing ke mulut si anak...

JOM! sayang mereka kerana ALLAh,atau pun,guna ayat: kita takkan SAYANG mereka kalau bukan KERANA ALLAH....bukan sekadar lafazkan,Sahaja aku sayang diorang kerana ALLAh...
Tapi kita nak bawa DIORANG ke SYURGA ALLAh yang Maha Best tu...sedekahkan dan kongsi pahala kita pada diorang...dengan berbuat baik...

Kalau saya ada anak,saya tak kisah,kalau anak saya nak buat kerja DAKWAH,kerja ISLAM...tak perlu nak minta-minta izin,sebab saya YAKIN dan PASTI ,Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya,directly saya akan dapat saham pahala kalau diorang buat kerja nak menangkan ISLAM....(moga betul-betul dapat anak macam tu.aminn)!!"


<3 orang BERJAYA suka buat apa yang orang GAGAL tak suka buat...contohnya senyum ketika marah,bersabar,tidak mengumpat..dan banyakk lagi perbuatan baik-baik  yang Allah suka...so,jom berubah menjadi orang yang BERJAYA(dunia dan akhirat)

<3 sesiapa yang takut pada ALLAH,tak takut pada apa-apa,
sesiapa yang tak takut pada ALLah, takut banyak benda,contohnya :takut orang ragut,takut fail exam,takut banyak perkara lah...takut habis duit kalau sedekah kt orang...
jom tambahkan KETAQWAAN KEPADA ALLAH..

<3 Daripada nak KECILKAN MASALAH,kenapa tak BESARKAN sahaja JIWAmu.pasti walau sebesar mana pun MASALAH,pasti boleh atasi,dan akan nampak kecil je nanti...



KHALILULLAH vs HABIBULLAH


 apa beza KHALILULLAH & HABIBULLAH?

nabi Muhammad HABIBuLLAH..
Nabi IBrahim KhaliluLLAh....

Nabi Ibrahim buat apa yang Allah SUKA...
Apa yang Nabi Muhammad buat Allah SUKA...

KITA?selalu je buat apa yang Allah tak suka...
dan buat paling last apa yang Allah suka..
lepas tu ada hati je nak minta SYurga,,siap Syurga Firdaus lagi...
tapi Allah sangat baik...walaupun dalam hati kita ada je nak buat dosa jap lg,esok atau nanti....tapi nescaya dia ampunkan..jika kita bertaubat...

nak share hadis boleh?

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)

ada satu lagi...

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

jangan!!!jangan tunggu matahari terbit sebelah barat baru nak bertaubat...
DO IT NOW......mana tahu,dengan TAUBAT anda,anda akan jadi lebih bahagia,hidup Tenang giler,boleh terSENYUM sokmo....dan Disetiap nadi anda akan berdenyut
"YOU ARE NUMBER ONE FOR ME,ALLAH"(^_^)insyaAllah....
 

Ahad, 17 Februari 2013

Syurga vs Neraka

 Ingat lagi tak time kecil-kecil dulu,mak,cikgu atau orang yang lebih tua dari kita selalu je kata:

"Jangan buat itu dan ini,,nanti masuk neraka"

kalau diorang nak suruh buat benda baik pula:

"Solatlah,mengajilah al Quran,baru boleh masuk Syurga"

Tapi sedar atau tidak,kita jarang sekali takut setakutnya time dengar perkataan NERAKA,
juga tak TERLIUR lagi addictkan SYURGA time nama nya disebut-sebut oleh sesiapa...

Apa yang silap ya? Nak cakap ramai yang tak percaya ada SYURGA dan NERAKA,itu agak mustahil..
sebab dalam lagu pun ada orang buat pasal SYURGA..
Adakah percaya kita itu percaya yang BERIMAN, atau percaya yang sekadar TAHU...

Ramai yang tahu betapa ramai yang akan diseksa kat NERAKA kalau tak solat,tapi berapa ramai je yang bersungguh-sungguh nak lari dari NERAKA itu?

Betapa ramainya antara kita tahu,mahalnya harga sebuah SYURGA, tapi ramai ke CUBA PENUHKAN AKAUN AKHIRAT mereka?

kat sini,saya nak cerita sedikit apa itu SYURGA,NERAKA pula macamana..


SYURGA...

~ Didalamnya tersangatlah cantik,kalau nak tahu secantik mana,cuba bayangkan tempat yang paling cantik kat dunia ni yang setakat yang kita boleh bayangkan....ia pasti bukan SYURGA..sebab CANTIK dan BESTnya SYURGA itu,kita tak boleh bayangkan...tak tercapai-dek-akal-kita...

~Ada satu kisah,terdapatlah seorang yang last sekali dibebaskan dari NERAKA selepas di"BASUH" semua DOSANYA dan diazab di NERAKA...Dia pun berjaya lah ke SyURGA,ketika berada di tempat "pintu masuk" syurga, dia melihat banyak dan teramat nampak enak pokok buah-buahan disitu,apa lagi,disebabkan dirinya yang teramat lapar lagi dahaga,dia memakan buah tersebut serakus-rakusnya..
Seorang ahli syurga pun menyapanya dengan berkata"Kenapa makan buah tu je,kenapa tak nak masuk dan cuba tengok apa lagi yang ada kat dalam SYURGA yang BEST ni...

Orang yang pertama tadi pun kata:"Tak,sebab aku rasa best giler buah ni,aku rasa rugi kalau tak makan banyak-banyak"

Orang kedua:"cuba kamu lihat,kat belakang kamu,itulah kulit buah yang kamu makan itu"

Orang Pertama pun berpaling dan alangkah terkejut monyetnya,kerana melihat satu gunung kulit buah yang dia makan,dan dia tak merasai pun bahawa dia sudah beribu-ribu tahun berada disitu

(Alangkah HEBATnya SYURGA kan?Analogi ni Ustazah sekolah yang cerita time kat sekolah dulu)


Neraka pula camne?

~Jangan rasa NERAKA itu tak muat untuk kita kerana kita tahu ramai yang "layak" memasukinya..kerana jika dilemparkan batu dari atas NERAKA,70 tahun kemudian,barulah batu tersebut sampai ke dasarnya,dan sehari di AKHIRAT menyamai SERIBU hari didunia...

~Kalau di Akhirat nanti,Tiada pilihan ketiga dah,kalau tak masuk SYURGA,pasti akan masuk NERAKA,(ia bukan banyak-banyak pilihan macam kita nak pilih UPU)

~Ramai diantara kita,mengimpi-impikan syurga,tetapi berbuat perkara yang menempah tiket ke NERAKA...

~Kita bukan macam para nabi dan sahabat yang dijanjikan SYURGA..kalau mereka yang compem masuk SYURGA pun menangis-bertaubat,berjihad-berdarah-syahid,beribadat hingga tak tidur..kita pula macamana?

Nak masuk Neraka senang giler, cuba tidur je sepanjang hari,tak payah buat apa-apa,tak payah bangun subuh,senang je kan berbanding nak jadi VVIP SYURGA?
delete our sins,
add more deeds,
by install high quality of E-man.


Ada juga orang pernah cerita,kalau nak bandingkan percentage berapa ramai masuk SYURGA dan NERAKA,cuba bayangkan seekor kambing,di badan kambing-kambing tersebut dipenuhi bulu-bulu halusnya, cuba bayangkan anda mengambil satu je bulu kambing tersebut,pasti banyak lagi yang tertinggal kat badan kambing tersebut kan?

Begitulah juga,kalau nak tahu berapa ramai je boleh masuk SYURGA,dengan membandingkan analogi tersebut, satu bulu yang kita ambil itu jelah yang mewakili berapa ramai orang boleh masuk Syurga,manakala yang banyak-banyak lagi yang tak dicabut tu,mewakili ramainya nanti ahli NERAKA...kalau dikira semua manusia,dari zaman nabi Adam lagi..ianya tersangatlah ramai bukan?Minta dijauhkan menjadi ahlinya..

Yess,syurga itu untuk yang terpilih,
Syurga itu HEBAT,dan untuk yang HEBAT-HEBAT saja,
Sedikit saja layak memasukinya,
JOM,jadi golongan yang sedikit itu..


SETIAP SAAT APA YANG KITA BUAT KAT DUNIA,
MENENTUKAN KONDOMINIUM atau RUMAH SETINGGAN kita dapat NANTI..

What make you Beautiful..eh,SPECIAL..







Baca sambil ingat lagu asal pun best!♥ 

FRIENDS..WHAT MAKE YOU SPECIAL..
YOU’RE insecure, Don’t know what for
You’re turning head, when you walk trough the DOOR..
Don’t need make up , to cover up,
Being the way that you are is ENOUGH..


Everyone else in the CLASS can see it,
Everyone else BUT YOU….


BUDDY you light up my world like NOBODY ELSE..
The way that you handle your iman get me OVERWHELMED..
But when you smile at me
It ain’t hard to TELL..you don’t know..
You don’t know you’re special..


If only you saw what I can see..
You’ll understand what I want to be FRIEND with you DESPERATELY..
Right now I’m thinking at you and I can’t believe
You don’t knowwww…..you don’t know you’re SPECIAL..


That’s what make you SPECIAL….


Co-come on, You got it WRONG…
To prove I’m RIGHT,I put in a SONGG..
I don’t know why, You’re being SHYYY..
And turn away when I’m tell the TRUTH about youuu…


Ditujukan Lagu yang tak seberapa ini untukmu sahabat-sahabatku,
Disaat ku menangis kau ada disisi,memberi semangat,
Disaat ku Down, mengUP kan Balik,
SAHAJA AKU MENYAYANGIMU…kerana ALLAH(niat dulu insyaAllah lama-lama boleh jadi betul-betul)

Aku tak nak jadi Rugi...


Kadang kadang kita letih..penat serta lelah…disaat orang yg kita tegur,kita cuba perbaiki..tak jugak terbaiki..tak jugak berubah..

Kita kata:

”Apa beza,aku tegur ke tak ke,same je,buat abis air liur ngan air mata jer”
“Aku nak ajak dia kearah kebaikan,dia cakap aku bajet bagus la pulak..huh parah”
“Aku post2 kat fb,memang khas dan special edition teguran untuk dia,siap tag nama lagi..kenapalah tak insaf2 jugak dia tu?”

Tapi cuba ingat balik...”Allah tak tengok hasil,Allah tengok apa usahamu”

SO,tak kisahlah berapa ramai yang tak terima dakwah kita,at least kita pernah berusaha,nanti adalah modal kita nak cakap kat Allah time ditanya….tidaklah kita menjadi org yang rugi…sebab kita pernah beramal soleh,beriman,berpesan kearah kebenaran,berpesan kearah kesabaran….seperti dalam surah al-asr.

“Demi masa,sesungguhnya manusia KERUGIAN,melainkan  yang BERIMANdan beramal  SOLEH,dan berpesan kepada KEBENARAN dan berpesan kepada KESABARAN…

Sabtu, 16 Februari 2013

Nak pangkah yang mana?

ANDA DILARANG BACA laju-laju….baca slow-slow yer…
Bismillahirrahmanirrahim….dengan namaMu ku menulis

Bagi sesiapa yang masih teragak2 nak pilih parti mana time PRU13..terutamanya first time voters..disini ada sedikit panduan yang harapnya dapatlah membantu anda…

1-Mula-mula,fikir sesedap hati…”kenapa aku nak mengundi parti ini atau itu?”
Adakah sebab nak duit yg dijanjikan,atau dengan undi parti tu,rumah aku nanti bertambah besar,sebab menteri tu janji nak bagi aku duit sekian-sekian?

Ataupun”Dengan undi parti inilah,agama aku dibela,media2 pasti akn ditukar menjadi yg baik2 je,tv yg Islamic jer disiarkan seperti tvAlhijrah,astroOasis atau semua radio akn jadi cam IKIM.fm…filem2 kat pawagam pula pasti yg baik2 jer…bukan yg tak ditapis macam sekarang…”

Percayalah,dengan satu undi anda,insyaAllah ia boleh merubah hiburan2 telampau menjadi hiburan mendidik jiwa,mendidik anak2 supaya tidak menjadi si Tanggang moden,juga merubah macamana anak-anak perempuan berpakaian,bergaul kerana jika kita ada undang2 yg ikut hukum Islam..Allah akan jaga kita….jaga anak2 kita dari menjadi teruk,seteruknya budak muda di zaman ini….

Kalau tak tahu nak pilih lagi,cuba bandingkn pemimpin2 parti2 yg ada…pilihlah yg beriman,yang soleh,yang boleh guide kita keSYURGA…memang iman dihati tak Nampak,tapi ia terzahir dengan Akhlak yg ditunjukkan…pilihlah yang tak tergedik2 salam tangan perempuan,plihlah yg boleh jadi imam,pilihlah yang setiap kata2nya diselitkan hujjah dari QURAN…pilihlah yg tak menghabiskan duit Rakyat,at least pun pilihlah yg pandai pimpin family,yg tahu nak tegur isteri supaya pakai tudung…bukan takutkan bini….sampai rakyat terseksa,anak2 tak tahu agama..cukup cukup cukup sudah….

2-apa?anda tak suka hujjah2 islamic yg saya berikan?tak suka orang2 malaysia jadi baik?tak suka juga media2 jadi Islamic?tak best?tak bebas?tak meriah?huh..

Oklah,cuba yang ni pulak..Ramai tak dikalangan kita yang tak dapat kerja,sila angkat tangan?atau kerja,tapi gaji tak memadai?atau terkongkong dengan system yg sedia ada?tak payah angkat tangan,sebab saya tahu,semua mengalaminya sekarang,kan?

Sudah bertahun2 hidup dalam sengsara?maybe Allah tidak membantu kita sebab kita pun tidak membantu dalam tertubuhnya kerajaan islam time mengundi pilihanraya yang lalu…kita dan family tersalah pangkah parti yg corrupt,yg rasuah adalah hobi,duit hnya berpusing dikalangan yg kaya jer..si kaya bertambah kaya,si miskin bertambah miskin…macam kita…betul tak?masih belum terlambat teman2..sebab itulah Allah bagi anda terbaca article ini…untuk kita merubahnya…dan insyaAllah,dengan usaha dan undi anda,pinjaman ptptn akan dihapuskan(tak payah bayar la maksudnya) pendidikan percuma akan diberi(sebab kita akan ada banyak duit,pasti…jika ia diuruskan oleh pemimpin yg takutkan Allah,takutkan dosa rasuah…)

Horrey,Kita sedang Ditembak...

Perasan tak perubahan masyarakat sekarang?
kalau anak-anak tak pandai mengaji,itu adalah perkara biasa..
kalau artis-artis wanita  tak pakai tudung,itu pun biasa..
hisap rokok bawah 18 tahun tersangatlah ramai remaja-remaja kita..
budak-budak sekecil dua tahun,dah tahu lagu gangnam style yg entah ape2..

Pakai tudung tutup aurat,,ohh...jarang nak jumpa..
Lelaki nak pakai kopiah,lagilah kurang nampak..
Anak2 nyanyi"anak nabi kita" atau "sayang2 Allah" tak pernah pun terdengar..

Sedarlah,bangunlah...masyarakat kita sedang parah,,
Kita sedang ditembak dan dibedil oleh israel tanpa disedari...dan kita still ada masa nak bergembira banyak-banyak.
Mereka dah buang Quran dari hati kita..Kita baca je,tapi tak amal,dah tak rasa isi dan Zatnya..

Memanglah tak nampak Darah,sebab mereka serang pemikiran kita,lagi halus..kita pulak yang tolong "bedil" anak2 kecil kita,kita sediakan peluru-peluru untuk mereka ditembak,dengan benda-benda yang kita suka..bola berlebihan,hiburan melampau,fesyen pelik-pelik..

Jangan nanti menangis air mata darah sudahlah kalau anak anda menjadi si tanggang moden..
Habis duit mak ayah sebab beli pampers,beli susu bertin-bertin,dan kerja letih-letih nak bagi makan pakai anak-anak,harapnya kalu besar boleh jadi baik,boleh membahagiakan parents...tapi,kalau tak bagi ajaran agama,jangan terkejut andai mereka menderhaka,lalu menarik keneraka,sebab kita tak ajar mereka..sejak kecil lagi ...minta dijauhkan...

p/s: (Ditujukan kat diri sendiri terutamanya,atau sape-sape ada anak atau anak saudara..)
wahai awak dan saya ,sedarlah bahawa kita sedang ditembak,dengan senjata halus lagi tak nampak..

Ter"addict" Dakwah dan Tarbiyyah?

Ana: Doktor,camne ni..saya dah teraddicted something...

Doc: apa yg awk addict nya?

Ana :saya rasa saya Addicted DAKWAH dan TARBIYAH..

Doc : hmm,kenapa awak kata camtu?ada tanda2 atau simptom tak?

Ana : Mana taknya doctor,disetiap post2 kat fb saya saya gatal2 tgn...asyik nak tulis tentang bestnya Islam...baiknya Allah..seronoknya Usrah.

Doc :oh yer?sejak bila benda ni boleh berlaku?dengan org bagaimakah awak berkawan?boleh describe tak ciri2nya cket?senang saya nak Diagnose...sebab penyakit awak ni aneh lagi pelik saya rasa...

Ana :yg saya ingat,ianya bermula dari tahun satu dulu...saya menghadiri satu daurah ni...lepas tu saya bergaul+berkawan dgn org2 yg super baik...kebanyakan warak2...jumpa akak2 yg baik sgt...kitorg baca Quran,dan kalau Doc nak tahu,tulah detik2 pertama saya pandai tadabbur Quran.....sebelum ni...asyik nk kejar habis je..pun tak habis2 jugak..

doc:Subhanallah,sungguh hebat addicted awk ni...apa yg membuatkn awk rasa sgt ingin kekal dgn ke"addicted"an ini...cuba share siket?

ana: byk sgt yg sya dpt...lepas join usrah+daurah+program camni..cuba doktor bayangkan,analoginya: adalah sepasukan kastam kat sempadan siam,lepas tu lalulah sebuah kereta yg ada dlmnya VIP...tnpa perlu di check mcm org lain,dengan senang je kereta tu pass...siap kastam tu tabik lagi kt Vip tersebut..

samalah juga kalau kita bersungguh2 berjihad,dgn pergi pogram2 walau malas,besungguh2 Dakwah walau dipandang sinis...nanti in syaa Allah,time pemeriksaan di padang mahsyar.....sesiapa yg Ada tittle DAIE atau JIHAD....dengan free2 je bleh lepas Check point Allah...bukankah best lagi sukanya-hati?

doc:betul ke?macam tak percaya lah...mana pernah dengar pun macam tu?

ana:betul3x.....Allah dah cakap dah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?,

kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".-assaaf:10-11
 

doc: OH...subhanallah...saya pun nak juga lah terkena infection itu...bestnya...

Sedar tak awak tu "Tak Sedar"?



Apa yang membuatkan hari ni kita rasa nak senyum pada semua orang walaupun semalam kita tak ingat pun kita kena senyum?

Apa juga yang menyebabkan seseorang tedetik untuk tidak membazir,dengan komitednya menutup suis lampu dan barangan elektrik yg tak digunakan,walaupun biasnya dialah yg paling selalu tak ingat nak tutup suis,dialah yg paling membazir?

Apa juga yang buat kita tiba2 nak buka IKIM.fm,ataupun TvAlhijrah,astroOASIS, atau Tanyalah Ustaz kat TV9?walaupun selalunya…dia memang alergik gatal2 serta muak dengan benda2 islamik cenggitu?

Apa jawapannya?nak tahu? the answer is Awareness…iaitu kesedaran….

Tiba2 je anda tersedar yg hari ni anda kena lebih baik dari semalam..

Tiba2 je teringat,yg tak bestnya hidup tanpa tuhan…kena cari jalan mendekati Tuhan ni,,
Tiba2 je rasa nak buka you Tube tengok video2 ceramah..ustaz azhar idrus ker..

Ianya bermula dari kesedaran…tapi camne nak dpt kesedaran?

”saya dah macamni nk buat camne?”..”Allah tak bagi pun hidayah”..atau “tak sampai seru lagi”inilah jwapan yang sering terdetik kat hati kita kan?

Yup,bukan senang nak dapat kesedaran…ia berkait juga dgn Hidayah…tapi sudahkan anda buka pintu hati tu luas2,disaat Encik Taufik dan Puan Hidayah datang mengetuk?atau kita sendiri yg tak dengar?ke kita yg pergi mengetatkan pintu tersebut?maybe jgk kita pergi grill pintu hati…dengan dosa2 yg berkarat?

Awak yang kena meraikan dan menyambut…disaat pasangan TAUFIK n HIDAYAH datang mengetuk pintu di ♥ hati ♥
 

Nak berubah...Tapi...

<3Anda hebat kalau baca sampai habis ♥ (tak panjang mana pun)

Ada sesiapa tahu tak cara mahu BERUBAH?...

berubah ke arah apa?of course,berubah menjadi jauuuh lebih baik...menjadi lebih beriman...walaupun saya bukanlah menteri perubahan,tapi selepas renung +mimpi +ilham dapatlah siket idea...mengapakah susah bangat manusia bernama orang macam kita nak berubah jadi baik...NAK jadi tak baik mudah pulak...

sesiapa yang rasa dah baik,dah terlalu tenang,memang takde masalah langsung dengan hidup...takpe kalau tak apply pun research ni...eh..

saya duk tengok kat sekeliling kan,semua orang mahu berubah,
- perokok sebenarnya nak berhenti,cuma dh ketagih,nak buat camne...bagi yg gangster,dah try nk jd baik,cuma tak jadi2...
-sama dgn yg tak tutup aurat...dari tak tahu kena tutup rambut,cubala siket2 letak tuala kecil kat kepala..tapi tak full tutup jugak..
-yang tak solat,malas dan ego pulak jadi penghalang..

♥ mereka sebenarnya tak tahu cara berubah itu bagaimana..♥

♥ mula2,kalau betul nak berubah,jangan sekadar nak suruh nampak je dah berubah,dengan like n share benda2 islamik...tapi itu dah permulaan yang baik,cuma jgn brhnti tu je sudah la..

♥ pastu,kena tanam niat kat hati,kenapa nak berubah jadi baik,nak suruh dapat pasangan yg baik jugak ke,atau nak jadi lebih tenang ke,nak didik anak jadi baik ke,atau nak dapat Redha Allah ke...cuba fikir jap...cakap dlm hati..."aku nak berubah,sebab ini dan itu"...tapi percayalah jika kita berubah kerana Allah,ia pasti lebih menjadi..

♥ then,jgn niat je,kenalah bersusah siket...kalau lapar,kita bukan fikir je mknn yg nak dimakan,mesti kita sediakan duit dan pegi beli kan?kalau nak jadi baik,lagilah kena bergerak,kena bertindak...

♥ cuba masukkan input2 baik dlm diri,dgr ceramah Uai ke,rakaman prof muhaya ke,buku2 islamik ke...suara2 baik dari input itulah akan kita dgr time sepanjang kita nak berubah,input tulah yg boleh tolong kita lawan suara syaitan dan nafsu yg dah jadi kawan kita selama ni..jgn allergik mencri benda baik...kalau tak, benda jahat akan cari kita...

lagi,cuba berhenti sejenak,fikir,apa yang buat kita tak jadi baik sebelum ni...
kalau saya tengok,orang yg kerja kat pasar malam,mereka jadi malas solat sebab sibuk...time solat magrib tulah ramai customer dtg..

kalau kita?apa yg buat kita tak berubah?sibuk jugakkah?atau tiada dorongan untuk berbuat demikian? cuba fikir dan cari penyelesaian...

kalau kita teragak2 untuk mendekati Allah,jadikan arahan Allah pilihan terakhir sekali untuk dibuat...adakah kita yakin,kalau kita Berdoa,Doa kita yang awal2 di makbulkanNya?

jom renung,bertindak,cari kawan dan persekitaran yang baik2...ALLAH PASTI MENOLONGMU....amin

minta tolong share article ni boleh?jika ada yg berubah melalui kita,itu lebih baik dari dunia dan isinya...(mafhum hadis)
 

Aku yang mana?


JENIS2 ORANG DALAM KEHIDUPAN
(boleh pilih nak jadi yg mana)

ATLIT- selalu nak lebih daripada orang,nak popular dengan fizikal semata-mata,asyik duk jaga fizikal je seperti nak lebih cantik dari orang lain..ni orang yang pling rendah levelnya..minta dijauhkan menjadi orang sebegini..

PAHLAWAN- selalu nak compete je,nak jadi lbih dikenali,lebih hebat walaupun dia sedar dia  menyakitkan hati  orang lain...kalau cakap,asyik nak menang je...dia asyik berebut:cth:nak jadi paling  kaya ,ini org2 yg mudah stress..

DERMAWAN-ini orang yang bagus,selalu jaga kepentingan orang je,dan tidak pentingkan diri sendiri...setiap hari niat nak beri sebanyak mungkin manfaat kepada orang lain ( kerana erti hidup kan pada memberi? )...ingin mati husnul Khatiamah..

MUKMIN-nampak Allah dimana2,jadikan masalah sbg ujian dan tarbiah...

Anda jenis yg macam mana?JOM PILIH UTK JADI LEBIH BAIK...


daripada berlumba benda yang entah apa-apa,baik berlumba-lumba nak buat baik.

Kecilnya aku!!!

kita rasa semut itu dah terlalu kecil,
sebenarnya kita juga si kerdil.
Pernah naik flight tak..bayangkan ada sebuah bangunan yang besar..tapi akan nampak sangat kecil dari atas..dalam bangunan pula ada rumah dan didalamnya ada bilik yang ada manusia..kecilnya kita kan kalau kita yg berada dalam bilik trsebut kan ?dari atas tak nampak apa pun...maybe Allah tengok kita pun macam tu kalau kita jauh dariNya...lebih kecil dari kita tengok cell mybe...tapi kalau orang yg dekat dan Bertaqwa...Allah akan jaga kita,akan dengar bisikan kita...dan Maybe andalah yg paling Bertaqwa disisiNya,jika anda yg pling berhati-hati dalam segenap urusan,just untuk mendapat RedhaNya.